*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ* 
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ 
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ 
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Dato Paduka Syeikh Baderuddin Ahmad*
_(mantan mufti)_
*🕌Masjid Tuanku Habsah- padang temusu*
*📚Tajzib Atrofil Hadis*
*3 CIRI ORANG MUNAFIK*
▶Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda, *“Tanda-tanda orang munafik ada tiga:*
*(1) jika bercakap ia berbohong,*
 *(2)jika berjanji ia mengingkari,*
*(3) dan jika diberi amanah ia berkhianat”*
 _(Hadits Shahih Bukhari ke-33)_
*HURAIAN HADIS*
_1⃣Bila berbicara selalu bohong. Orang seperti ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Boleh jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya._
_2⃣Bila berjanji, tidak ditepati Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya._
_3⃣Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat. Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik._
▶Semoga Allah SWT senantiasa *melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik.*
▶Jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati. *Seorang suami yang baik harus tidak ada sifat munafik.* Sekiranya ada akan bergoncanglah rumah tangga kerana sifat munafik ini.
▶Orang² *munafik ni akan dihumban ke neraka paling bawah.* Lebih teruk dari neraka yahudi laknatullah , nasrani dan penyembah² berhala. 
Kerana mereka berdusta dalam beragama. Mereka solat tetapi solat mereka hanya untuk menunjuk², solat mereka tidak kusyuk. Dalam istilah melayu mereka ni seperti *musang berbulu ayam*
▶Jangan sampai kita *digelar saudara mara abdullah bin ubai iaitu ketua munafik* yg berasal dr madinah yang sangat jahat.
*والله أعلم بالصواب*
 _(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
       
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*  
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
 
  
No comments:
Post a Comment