Rasulullah
SAW bersabda bermaksud:“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana
pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri
(solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Orang yang
meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya,
berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang
penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah
kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman.” (An-Nisa : 103)
Abu
Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi
ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah
Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami
dengar beliau menangis dan meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus
untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh
menyesali umatku.”
Rasulullah menangis
“Wahai Abu
Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?”
tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan
beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud
dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau
adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan
sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”
“Ya
Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi,
mengapa engkau begitu sedih?”
“Wahai
Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid,
Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar
mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus
kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka
pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya,
mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai
Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar,
wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada
umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya),
dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada
solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Abu Darda’
berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan
dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan
pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika
solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.
Perintah
ahli keluarga bersolat
Rasulullah
SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat,
kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang
siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” (Riwayat
al-Bazzar dari Abu Darda’). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa
bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan
mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).
Waalaikumussalam
ReplyDelete