Pages

Friday, 9 June 2017

TIPS EMPAT AMALAN

Tips 4 amalan yang akan menjadikan seseorang itu tetamu VVIP akhirat. 3 dari amalan ini ada dikumpulkan oleh Imam Nawawi Rahimahullah di dalam hadith 40.

Jika rasa kurang ilmu, tak pandai beramal, tak der PHD Agama, tak pandai nak bercerita tentang Agama maka buatlah sungguh2 amalan ini kerana darjat ini di Syurga nanti Masyaa Allah.
Kenapa amalan ini SUPER? sebabnya amalan ini bercanggah dengan kehendak nafsu dan ia memerlukan mujahadah yg tinggi untuk mengamalkannya. Maka kerana itu akan diangkat darjat yang tinggi bagi insan2 yg mampu melaksanakannya.

Yang Pertama, Solat Malam
Saat orang lain sedang seronok nyenyak tidur berdengkur menarik selimut, lalu kita usaha bangun utk lawan nafsu tidur dan usaha utk lawan rasa mengantuk agar mampu utk bangun bertahjud, maka ganjarannya Masyaa Allah.

Yang Kedua, Puasa Sunat. 
Saat orang lain sedang enak melayan nafsu makan disiang hari lalu kita duduk bersendirian menahan nafsu dari makan & minum, menahan dari hal2 maksiat semata2 utk mendekatkan diri kpd Allah, maka Allah janji akan balas dengan balasan hebat  yg dirahsiakan iaitu melebihi 700 kali ganda amalan.

Yang Ketiga, Sedekah. 
Saat orang lain sibuk mengumpul harta, memenuhi keinginan apa sahaja yg hendak dimiliki, lalu kita tahan nafsu dari berlebihan2an di dalam berkeinginan, pakai apa shj yg ada agar ada ruang utk melakukan sedekah/infaq maka Allah akan balas 700kali lipat ganjarannya.

Yang Keempat, Solat Di Awal Waktu. 
Disaat orang lain sibuk dan khusyuk bekerja dengan beraktiviti, lalu kita usaha ruangkan masa utk solat tepat pada masanya, meninggalkan urusan dunia kerana mengutamakan utk menghadap Allah maka Allah akan mencintai insan ini di dunia dan akhirat.

~ SEMOGA KITA REBUT KEEMPAT2 AMALAN INI AGAR KITA MENJADI ORANG2 YG BERUNTUNG.

No comments:

Post a Comment