Sahabat Agro Networker:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
*BAJET AKHIRAT*
Ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia seperti sistem kapitalis dan komunis. Sistem ekonomi Islam berpandukan wahyu dari ALLAH SWT. Lebih berimbang dan adil serta tidak mengalami defisit pahala dan penambahan dosa, insya ALLAH. Mengurus ekonomi negara janganlah hanya diukur kepada FDI, KDNK dan apa sahaja istilah-istilah ekonomi, tetapi bajetnya juga perlu dirujuk pada sudut dosa - pahala dan redha ALLAH SWT.
Tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan jiwa manusia. Akan berlakulah penindasan, tekanan dan ketidakadilan yang berterusan. Yang kaya akan bertambah kaya dan yang fakir yang miskin akan bertambah 'BERSAMAMU'.
Para ulama menyepakati bahawa maslahah yang menjadi maqasid as-syariah dalam merangka bajet ekonomi Islam, perlu mencakupi lima jaminan dasar utama, iaitu;
1) Keselamatan Agama (ad-din)
2) Kesalamatan Jiwa (an-nafs)
3) Keselamatan Akal (al-aql)
4) Keselamatan Maruah / keturunan (an-nasl)
5) Keselamatan Harta benda (al-mal)
Mampukan bajet sehingga sehingga beratus billion contohnya, dapat mendekatkan diri rakyat kepada ALLAH. Atau dikhuatiri akan menyebabkan manusia semakin lalai seandainya peruntukan yang begitu besar pada sektor hiburan semata-mata.
Ini kerana sistem ekonomi Islam sebenarnya berbeza dengan sistem ekonomi konvensional. Antara ciri-ciri sistem ekonomi Islam ialah:
*1. Mesti Melibatkan ALLAH.*
Orang Islam berekonomi perlu bermatlamatkan untuk mendapat redha dan kasih sayang ALLAH. Syariat lahir dan batin ditegakkan dan hati tidak lalai dari mengingati ALLAH. Aktiviti berniaga dianggap zikir dan ibadah kepada ALLAH SWT. Ia adalah jihad fisabilillah. Berekonomi diantara jalan untuk menambah bekalan taqwa.
*2. Berteraskan Ketaqwaan.*
Berekonomi dengan lebih mementingkan sifat taqwa daripada modal kewangan yang besar. Ilmu, pengalaman, kemahiran, kekayaan alam semulajadi dan sebagainya. Kerana orang bertaqwa itu dibantu Tuhannya seperti dalam firmanNya maksudnya;
وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِين
“... Dan ALLAH itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Jasiyah: 19)
Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi hasilnya banyak. Apatah lagi kalau usahanya banyak. Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar dan dia diberi rezeki oleh ALLAH dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka. Kena yakin itu...
*3. Diurus Seperti Sebuah Keluarga.*
Terjalin kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu keluarga besar. Pengurus seperti ayah. Penyelia-penyelia seperti kakak dan abang. Para pekerja seperti anak. Ayah menjaga keperluan lahir batin anak-anak. Ini termasuk didikan agama, makan minum, keselamatan, kesihatan, pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya.
*4. Penuh Mawaddah Mahabbah.*
Kalau ada 'pelanggan' atau rakyat yang memerlukan barangan dan khidmat tetapi nyata tidak mampu membayar harganya, dibolehkan membayar ikut sesuka hatinya. Kalau dia fakir dan miskin hingga tidak mampu bayar langsung, maka menjadi tanggungjawab memberikan keperluannya itu dengan percuma. ALLAH lah yang akan membayarkan untuknya. Inilah ekonomi kasih sayang.
*5. Keuntungan Untuk Umat.*
Keuntungan dalam sistem ekonomi Islam ada dua bentuk. Satu adalah keuntungan Maknawi dan satu lagi keuntungan Maddi (material). Islam mengajar ahli ekonomi dan peniaganya untuk mengutamakan untung maknawi daripada untung material. Kalaupun ada keuntungan material, ia perlu dihalakan semula dan diperguna untuk kepentingan masyarakat.
*6. Tiada Unsur Mungkar.*
Bajet ekonomi Islam tidak membenarkan muamalat yang mengandungi riba, gharar, judi dan perkara-perkara yang syubhah. Islam ada cara tersendiri untuk menjana model dan kewangannya. Antaranya ialah mudharabah, musyarakah dan sebagainya. Riba' contohnya, hanya mencetus berbagai masalah dan krisis. Harga barangan dan khidmat menjadi tinggi kerana untung lebih terpaksa dicari untuk membayar kadar faedah riba' tersebut.
*7. Pemilikan Adalah Hak ALLAH.*
Mengagihkan kekayaan terhadap umatnya secara sekata tanpa meSahabat Agro Networker:
numpukannya kepada sesuatu kelompok masyarakat sahaja. Semua individu mempunyai hak yang sama dalam mendapatkan kekayaan walaupun kepada mereka yang BELUM beragama Islam. Kekayaan yang diperolehi pula hendaklah daripada sumber yang halal. Bukan main sembrono sahaja...
*8. Mementingkan Akhlak.*
Antara prinsip akhlakiah dalam sistem ekonomi Islam adalah berpaksi di atas keadilan dan kesaksamaan. Prinsip ini dapat dilihat melalui keseragaman nilai yang mewarnai seluruh elemen dalam sistem ekonomi Islam. Ini bermakna, mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi tidak dipinggirkan oleh Islam dari terikat dengan adab serta akhlak (ta'dib wa tarbiyyah) melalui aturan wahyu Ilahi.
Jangan hanya bajet ekonomi dunia, bajet juga ekonomi akhirat. Sekiranya ekonomi dunia berteraskan keuntungan matawang dan harta benda semata-mata, bajet Akhirat pula sejauh mana muamalat kita di dunia mampu menjana keuntungan pahala di Akhirat.
Wallahu a'lam...
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazakumullahu khairan jaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment