HUKUM2 KEATAS BAYI YG DILAHIRKAN
Ustaz Khairuddin Yusof@Masjid Tunku Sallehuddin BPJ - 26 Jan 18
Ustaz Khairuddin Yusof@Masjid Tunku Sallehuddin BPJ - 26 Jan 18
1/ Beri nama. Sunat setelah 7 hari dilahirkan. Jika mati selepas beberapa ketika lahir, sunat diberi nama.
2/ Bayi yg gugur sunat diberi nama yg sesuai walaupun tak pasti jantinanya. Ayah bertanggungjawab beri nama yg elok2. Mafhum hadith, akhirat nanti kita akan dipanggil dgn nama kita. Sebaik2 nama - Abdullah @ Abdul Rahman.
3/ Kita dituntut utk bertanya kpd yang lebih arif dan alim perihal perkara2 yg kita tak tahu terutamanya ilmu agama. Menuntut ilmu agama itu adalah kewajipan fardu ain. Hanya 2 perkara yg kita dituntut -melaksanakan suruhan Allah & meninggalkan laranganNya. Tidak ada cara lain yg lebih afdhal utk mendapat ilmu melainkan dgn mengaji. Kejayaan didunia tidak bermakna kalau akhirat kita gagal. Terdapat kajian tentang kesan perlaksanaan syariat Islam di dalam pengurusan kehidupan dunia utk menyukat korelasi tahap perlaksanaan syariat Islam dgn kecemerlangan pengurusan duniawi. Rata2 negara2 Islam tidak punya korelasi yang tinggi. Hanya negara2 yg bukan Islam seperti Jepun mempunyai indeks yg tinggi. Mengapa begini? Perlu musahabah yang mendalam.
4/ Contoh2 nama2 yg elok ialah Asmaulhusna. Mesti tambah kalimah Abdul di hadapan Nama2 Allah jika digunakan. Nama2 Nabi2 dan Rasul2, Sahabat2, Malaikat, anak2 Nabi Muhammad, Ummulmukminin, ulama2, waliyullah yg disebut dlm Quran, nama2 yg maknanya baik walaupun bukan bahasa Arab. Dinasihatkan letak nama Muhammad/Ahmad utk ank2 lelaki. Mafhum hadith sesiapa yg ada ank lelaki ramai tp tak ada yg bernama Muhammad/Ahmad, bapanya org yg jahil. Kata Imam Malik, jika ada seorg yg ada bernama Muhammad, ada keberkatan dlm rumahtangga.
5/ Hukum seorg ayah menamakan anak dgn nama yg tidak baik adalah berdosa yakni haram.
Kuliah ditangguh dgn tasbih kaffarah dan Suratul 'Asr.
والله تعلى أعلم الصواب
No comments:
Post a Comment