Pages

Tuesday, 31 October 2017

CERAMAH KHAS USTAZ AMRI NASRON

Masjid Tunku Sallehuddin BPJ

Allah SWT mensyariatkan ibadah dengan ketentuan masa dan tempat.

Allah AWJ maha tahu manusia cepat bosan. Nabi SAW mengajar cara ibadah yg pelbagai.

Cari satu ibadah yang kita rasa lazat untuk buat dan buat secara berterusan istiqomah. 

Manusia minat bermacam2 benda - kereta, mancing, golf tp yg minat beribadat tak ramai.

Para sahabat kalau tak terjaga utk tahajjud akan muhasabah diri apa kesalahan yang dah dilakukan yang menghalang mereka bangun.

Imam Nawawi rahimahullah, wafat umur 45 thn. Pelbagai kitab yg dikarangnya umpama menulis sejak lahir satu mukasurat.

Nak berjaya perlu teliti dan terancang, tidak  boleh lebihkurang atau agak-agak saja.

Sejarah Eropah, masa zaman kegelapan, gereja mengawal pentadbiran negara sehingga mengekang perkembangan tamaddun Eropah, yakni Zaman Kegelapan. Rakyat dikekang dari mencari ilmu. Kena tunduk kepada doktrin gereja sahaja.

Ketika zaman renaissance, zaman kebangkitan, pentadbiran negara menjadi sekular, gereja dipisahkan dari pentadbiran, maka rakyat bebas untuk mencari ilmu, terutamanya dari ulama Islam. Banyak ilmu2 diceduk dari tamadun Islam.

Kalau kita kata kita sibuk, ketahuilah di sana ada orang yang lebih sibuk dari kita. Masa tidak boleh diurus kerana masa tidak boleh dikuasai. Yang boleh diurus ialah tingkahlaku kita.

Ulama2 dan orang2 solih mampu untuk sangat produktif, yakni melaksanakan pelbagai aktiviti walaupun dalam masa yang singkat kerana keberkatan yang Allah anugerah.

Tanya diri sendiri apa yang kita dah buat untuk Islam. Kiranya kita banyak beribadat seperti solat, berpuasa atau pergi haji, ketahuilah itu hanya menafaat untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Sebaliknya tanyalah apa yang telah kita buat yang beri menafaat kepada umat. 

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment