*TAKUTLAH KEPADA ALLAH*
Takutilah Allah kerana Dia adalah pencipta kita.
Takutilah Tuhan kerana Dialah yang menghukum kita.
Takutilah Allah kerana Dialah yang menentukan nasib kita.
Takutilah Tuhan bukan takut dengan Neraka-Nya.
Takutilah Tuhan agar lahir rasa kehambaan.
Takutilah Allah supaya rasa bertuhan subur di jiwa.
Jika rasa bertuhan wujud, automatik rasa kehambaan wujud sama.
Tuhan perintahkan kepada kita. Hendaklah takutinya Zat-Nya yang Maha Esa. Kerana Dialah yang menghidup dan mematikan kita. Dialah yang mendatangkan kesenangan dan kesusahan kepada kita. Dialah yang memberi nikmat dan Dia juga yang menarik nikmat. Dialah yang menyihatkan kita dan Dialah yang menyakitkan kita.
Pada Tuhan ada mempunyai kuasa dan kehendak yang mutlak. Kecut perut kita kalau tahu tentangnya. Menggeletar jiwa kita bila kita mengenal kuasa-Nya. Kerana itulah Tuhan sahaja yang patut kita takut.
Mengapa kita mesti takut dengan makhluk-Nya?
Takutkan Allah menyelamatkan kita daripada takut kepada segala-galanya. Kerana itulah kita kena takut kepada Allah sahaja.
Org takutkan Allah, takkan Tuhan hendak azab ke dalam neraka-Nya.
Neraka itu untuk orang yang tidak takut dengan Tuhan.
No comments:
Post a Comment