Pages

Friday, 10 November 2017

KULIAH SUBUH 9 NOV 2017 Ustaz Dr. Azman Ibrahim

Alhamdulillah syukur dapat berjemaah subuh di Masjid. 

Ada golongan yang tidak hadir solat jemaah didua waktu yakni isya dan subuh. Muga kita tidak tergolong di dalam golongan ini. Amin.

Syarat untuk menjadi ahli Briged Al Qassam antaranya hadir solat subuh jemaah sekurang-kurang 60 waktu berturut-turut. Hampir semua ahli2nya hafiz Quran. MashaAllah.

Briged Al Qasam diarah pakai topeng bukan kerana takut untuk dikenalpasti tapi untuk elakkan rasa riak. Hinggakan Perdana Menteri Palestin pun berjuang sebagai ahli biasa Briged Al Qassam.

Allahyarham Al Syahid Syeikh Ahmad Yassin pemimpin gerakan HAMAS, lumpuh dan sudah lanjut usia tu pun ditakuti oleh puak Yahudi. Dibunuh dengan cara ditembak peluru berpandu sehingga hancur badan.

Pensyarah2 di Universiti Baghdad adalah bekas tentera dan sangat disiplin dan tepat waktu. Satu saat saja boleh membeza antara hidup dan mati.

Kanak2 Palestin dilatih dengan tertib dan adab, ada izzah. Beza dengan kebanyakan anak2 kita yang dimanjai dengan hidup yang serba cukup malah lebih.

Berbeza di Somalia, binatang korban yang diderma belum sempat disembelih dah direbut2 oleh orang tempatan.

Di Mindanao, orang2 Islam didiskriminasi dari segi prasarana oleh pemerintah. 

Betapa Islam ditindas. Mampukah kita masih lengai?

No comments:

Post a Comment