7 ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
1. JANGAN DUDUK TERLALU LAMA.
Ketika menziarahicpesakit, jangan melawat pesakit terlalu lama kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
2.SENTUH DAN PEGANG TANGANNYA.
.
Apabila berada di sisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya. Kemudian letakkan tangan pada dahinya serta tanya mengenai penyakit dan keadaannya.
3. BERDOA.
Berdoa supaya dia segera sembuh.
4. MEMOTIVASIKAN PESAKIT.
Ceritakan kelebihan sakit yang dialami para Sahabat, Rasul dan Nabi serta orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa gelisah dengan kesakitan yang dialaminya.
5. BERIKAN NASIHAT YANG BAIK.
Ucapkan perkataan yang dapat meredakan kesakitannya seperti "Bersabarlah, kesakitan yang ini adalah satu ujian."
6. TIDAK MENJAMAH MAKANAN.
.
Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya.
7. SUNAT DIBACAKAN DOA.
.
Dalam hadis al-Tirmizi yang bermaksud: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."
No comments:
Post a Comment