Pages

Monday, 20 July 2026

 

TIGA GOLONGAN YANG DICELA

١٤ - عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَغِمَ أَرُجُلك عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ انْسَلَخَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ.

أخرجه الترمذي في سننه كتاب الدعوات باب قول رسول الله (ص) رغم أنف رجل .... رقم حديث 3545، وقال أبو عيسى : هذاغيحسى

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku. Celakalah seseorang, apabila bulan Ramadan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak menjadi sebab yang memasukkannya ke dalam Syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya)."

(Riwayat al-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, Bab Qawlu Rasulullah SAW Ghurima Anfun Rajulun, no. 3545, dengan katanya hadith ini hasan gharib)

PENGAJARAN HADITH

1. Tiga golongan yang telah didoakan kecelakaan oleh malaikat Jibril AS dan telah diaminkan oleh Rasulullah iaitu:

i. Seseorang yang menjalani bulan Ramadan tanpa melakukan amalan kebaikan dan akhirnya tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

ii. Seseorang yang mengabaikan dan tidak berbakti kepada ibu atau bapanya yang masih hidup kerana berbuat baik kepada ibu bapa adalah antara penyebab seseorang itu dimasukkan ke dalam syurga.

iii. Seseorang yang tidak berselawat apabila nama Baginda disebutkan.

2. Dalam menjalani Ramadan, marilah bermusahabah dan menilai kembali ibadah-ibadah yang telah dilakukan adakah memenuhi piawaian yang dikehendaki Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

No comments:

Post a Comment