Pages

Wednesday, 21 March 2018

CATITAN KAK IJA 180319

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Ahmad Husam Dato Syeikh Baderuddin*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat al Qulub- (permata pemberian yang indah dan menjaga segala hati yang lalai)*

*📗KELEBIHAN 'ILMU DAN ULAMA'*

_☪( Dan ) lagi kata Abu Darda رضى الله عنه_

*اَلْعَالِمُ وَالْمُتَعَلِّمُ شَرِيْكَانِ فِى الْخَيْرِ.وَسَائِرُ النَّاسِ هَمَجٌ لاَ خَيْرَ فِيْهِمْ*

*“( Bermula ) orang yang mengajar dan orang yang belajar ‘ilmu itu bersekutu keduanya di dalam kebajikan dan segala (sekelian) manusia, seperti lalat atas muka binatang, tiada kebajikan pada mereka itu.*

▪Orang alim dan yang belajar bersekutu mereka duduk dalam keadaan yang  baik.
▪Akhir zaman nak cari orang yang baik amat sukar,  nak cari hidup yang dalam keberkatan amat susah.
▪Allah dah cabut keberkatan itu kerana mereka buat *tidak niat kerana Allah.*
▪Lebih kepada mencari keduniaan dan niat yang baik itu semakin hilang.
▪yang lain daripadanya itu sejahat-jahat manusia yang tiada kebajikannya pada mereka itu.

_☪Dan kata Abu Darda_ _رضى الله عنه_

*كُنْ عَالِمًا أَوْمُتَعَلِّمًا أَوْمُسْتَمِعًا وَلاَ تَكُنْ رَابِعً فَتَهْلِكَ*

*“Jadi olehmu  ‘alim, atau orang yang belajar ‘ilmu, atau orang yang mendengarkan dan jangan kamu jadikan diri kamu itu orang yang keempat iaitu jahil maka jadi binasalah kamu.”*

▪Nabi saw minta kita jadi *orang yang cerdik yang berilmu.*
▪Nak buat ibadah kena ada ilmu.
▪Bila ada ilmu akan jadi alim, belajar jadi orang alim, mendengar percakapan orang alim.
▪Bila semakin belajar sepatutnya menjadi semakin alim kalau niat betul kerana Allah.
▪Siapa yang mengaji, mencari ilmu dan niat nak perbetul diri sendiri dan masyarakat supaya kenal agama *Hanya Allah yang tahu nak balas semuanya.*

_☪Dan sabda Nabi SAW :_

_*“Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu untuk diajarkannya kepada manusia, maka ia diberikan pahala tujuh puluh orang shiddiq*_

▪Tugas kita niat kerana Allah, *Buat apa pun niat kerana Allah.*
▪Sesiapa yang buat kebajikan Allah akan bagi ganjarannya.
▪Sesiapa yang niat saja nak buat baik tetapi tidak melakukan lagi kebaikan itu maka hanya Allah yang maha mengetahui dan akan membalasnya diakhirat nanti walaupun malaikat tidak tulis amalan tersebut.
▪Yang penting jangan ada dalam hati nak buat jahat,  hidup berpura².
*▪"Sesungguhnya segala 'amal itu dengan niat."*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 180320

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Siddiq Noor*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Kitab Hikam*

▶Makrifat itu bermaksud *mengenal, melihat dan memandang Allah.* Mengenal Alllah dalam erti kata sebenar, bukan setakat perkhabaran, gambaran atau khayalan, tetapi mengenal secara nyata, terang dan jelas yang tidak berbelah bahagi lagi.

▶lmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin adalah tahapan dalam pendirian seseorang dalam pandangan Musyahadahnya *(penyaksiannya) kepada Allah Swt.*

▶Telah mendapatkan petunjuk orang-orang yang berkenderaan menuju kepada Allah dengan cahaya pendekatannya, dan orang-orang yang sampai kepada Allah, baginya dicurahkan cahaya pendekatanNya.
▪Maka golongan pertama (yaitu orang-orang yang berkendaraan menuju kepada Allah). Menghendaki cahaya tersebut (agar ia boleh sampai kepadaNya).
▪Sedangkan orang-orang yang telah sampai kepada Allah, maka cahaya dari Allah tetap baginya, krn sesungguhnya mereka hanya krn Allah tidak krn sesuatu selain Allah”.

▶Seseorang yang sedang *berjalan menuju kepada Allah (salik), hendaknya tekun beribadah dan mengabdikan kepadaNya.* Kerana hanya kendaraan ibadahnya itulah mereka akan sampai kepada Allah (wasil).
*Dan golongan wasil inilah golongan yang telah mencapai tingkat tertinggi yang disebut dengan golongan Haqqul Yaqin.*

▶Dengan tingkatan yang sudah mencapai Haqqul Yaqin itulah golongan wasil dapat memahami tentang (rahsia²) ketuhanan dengan menggunakan mata batinnya tanpa melihat benda-benda wujud yang biasanya dilihat dengan menggunakan mata lahir.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 180321

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Halim Nasir*
*🕌Masjid Ar Rahman*
*📚Fiqh Aulawiyyat*

☪Surah At-Taubah  Ayat 52:

*قُلْ هَلْ تَرَبَّصُونَ بِنَا إِلَّا إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ ۖ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ أَن يُصِيبَكُمُ اللَّهُ بِعَذَابٍ مِّنْ عِندِهِ أَوْ بِأَيْدِينَا ۖ فَتَرَبَّصُوا إِنَّا مَعَكُم مُّتَرَبِّصُونَ*

*Katakanlah: “(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu”. {9:52}*

*▶Dua suasana yg berbeza*
*(1)* Dipihak orang beriman yg kasih kepada islam, sayang pd islam dan berjuang utk menegakkan agama islam.
*(2)* Adalah golongan yg kufur kepada Allah yg tidak pernah senang dgn islam.

▶Di pihak orang beriman mendapat sama ada kemenangan utk agama Allah atau pun mati syahid di jalan Allah.
Tidak ada istilah kalah bagi mereka yg berjuang utk islam.

▶Kemenangan yang paling besar yakni sayang kepada islam.Nak tegakkan islam utk islam berdaulat dibumi Allah ini. Dalam pelbagai cara yabg diredhai Allah.

▶Yang paling baik kita harus mengajak masyarakat kepada islam.
▪Dengarkan kepada mereka tentang keagongan islam dan apa golongan munafik akan terima jika hina islam.
▪setiap suara ditujukan utk mereka.
▪orang yang menentang islam akan menerima azabnya.
▪Allah tidak pernah tidur dan Allah tak akan izinkan org² munafik bermaharajalela dibumiNya.
▪Allah pernah berkata kepada kekasihNya Rasulullah SAW yg Dia akan menunggu mereka yang lawan perintahNya.
▪cuma kita berharap mereka yg lawan islam akan berpatah balik kepada islam. Allah tidak pernah berlaku zalim terhadap hambaNya termasuklah firaun yg nabi musa pernah mengajak firaun kepada islam.

▶Kemunafikan akan dibalas sendiri oleh orang² beriman melalui doa² orang² yang beriman. Orang² munafik akan mendapat balasan kerana keangkuhan dan kesombongan mereka seperti firaun dan namrud.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 180318

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Husam Dato Syeikh Baderuddin*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Al Jauhar Al Mauhub wa Munabbihat al Qulub (permata pemberian yang indah dan menjaga segala hati yang lalai)*

*📗UBATNYA DOSA IALAH ISTIGHFAR*
☪Dan sabda nabi saw: _Bagi tiap² penyakit itu ubat dan ubat bagi dosa itu istighfar (yakni yang disertakan dia dengan taubat)_
▪Allah tak tengok banyak mana kita buat dosa tapi Allah nak tengok sangat kita bertaubat.
▪Dalam hidup ni kena dah tinggalkan benda² yg melalaikan dan benda² yang berdosa.
▪Kita ni malas buat ibadah kerana dosa² kita. Rasa malas nak tambah ibadah² sunat.

☪Dan sabda nabi saw : _bagi tiap² suatu itu pakaian dan pakaian dosa itu istighfar_
▪Buat maksiat kenalah rasa bersalah dan berdosa, jangan tak rasa apa²,
▪Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.
☪Dan sabda nabi saw lagi :  _Barangsiapa minta ampun, nescaya diampunkan Allah baginya, dan jika ada ia lari daripada saf perang sekalipun_
▪Allah menyayangi kita lebih dari ibu dan ayah kita sayang kita.
▪Bila dah buat dosa, insaflah. Yang terbaik kena taubat sungguh² dan menyesal.
▪Mula buat banyak kebaikan. Jangan berkira nak buat baik pun.
▪Kebaikan yang kita buat nak cuci kesalahan yang kita buat bertahun² dulu.
▪Allah akan padamkan segala kejahatan² kita. Sampai bersih buku amalan kita.
▪Taubat kena sungguh². Bukan kata dimulut saja tapi hati menidakkan.
▪Yang terbaik ialah berdoa supaya kita tak buat dosa² lagi.

☪Kesimpulannya, Imam Ghazali berkata kita dapat cek hati kita sama ada baik atau tidak iaitu bila *TENGOK ORANG BUAT IBADAH TAK RASA NAK CEMBURU ( itu tandanya hati kita rosak)*
▪Kalau tak rasa nak cemburu kena banyakkan beristighfar dan bertaubat. Kita kena rasa cemburu dengan ibadah orang.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

I missed my Dad.

I missed my Dad.


I am not sad that he is gone, for such is the Will of Allah. For everything there is an end. His end had come.


What saddens me is the lost opportunities to be a better son, to honour him, the unsaid things, the times not spent together.


But I cherished my memories with him. The still vivid earliest memory of watching my Dad preparing my milk feed in the kitchen. It was late night. I might be 3-4 years old? The memories of praying with him, playing football with him, watching him fishing, watching him making the kites for my school project late at night, of going to school with him just after fajr riding on a vespa, of him coming home limping with bloody knees after falling off his outrider bike and many many more.


I love him.


To those who still have their moms and dads around, do not waste your time and opportunity to be of service to them.


Once they are gone, you can only reminisce and regret at those missed opportunities. Nothing can bring them back.


O Allah! Bless my parents soul, forgive their sins, place them among the pious. Have pity on them just as they pitied us when we were small. Ameen.

Saturday, 17 March 2018

CATITAN KAK IJA 180317

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani*
*🕌Radio Ikim*

*😤Ketika kita menyimpan dendam di hati, saat itu syaitan berpesta kegembiraan👹*
▪akhirnya berterusan membangkit rasa benci di jiwa,
▪agar hati kita sentiasa terluka,
▪di mamah usia yang panjang untuk menyembuhnya,
▪tidak padan hanya sekali sekala duduk mendengar kuliah sahaja,
*▪ ia memerlukan kesungguhan dan ketabahan untuk mengubati penyakit yg dendam yang merosakkan jiwa dan masa depan kita.*
*▪berdoalah agar jiwa kita tidak begitu jadinya.*
*▪berlatihlah agar menjadi jiwa yang menerima setiap pemberianNya.*

*✋🏼Lima amalan menolak bala & dekatkan rahmat Allah*
*(1)* Berdoalah setiap saat dan masa.
*(2)* Syukur diatas setiap nikmat.
*(3)* Bersedeqah secara sembunyi dan terangan.
*(4)* Menolong orang yang sedang susah dan masalah.
*(5)* Menyambung silaturahim.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

Friday, 16 March 2018

CATITAN KAK IJA 180316

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Iqbal Zain*
*🕌Dari Laman Sosial*

*JANGAN MEMANDANG RENDAH KEPADA KEBAIKAN WALAU SEKECIL MANAPUN*

👉🏼Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab keampunan bagimu di akhirat.

👉🏼Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkan jalanmu menuju syurga.

👉🏼Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

👉🏼Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

👉🏼Jika engkau bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, *maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak-anak mu,* setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kuburmu.

*🤔JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU BERBUAT KEBAIKAN SAMA SEKALI, MAKA _TAHANLAH TANGAN DAN LISANMU DARI MENYAKITI...._ SETIDAK2NYA ITU MENJADI SEDEKAH UNTUK DIRIMU.*

☪Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:

*رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ*

*“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya”*

*Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda*

‎« *لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ* ».

*“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum"...*

*✋🏼Tahan dirimu dari berbuat kejahatan utk orang lain dan kejahatan utk diri sendiri😨*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

Thursday, 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171127

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Mat Arshad*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq- MABAS*
_▶Kita harus bersyukur  masih memiliki *nikmat iman dan islam* yakni sesuatu yg amat berharga. Selain nikmat² lain yg Allah beri walaupun ada di antara kita masih ingkar dgn seruanNya._
*وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ*
*Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. {3:104}*
*Pengajaran dari ayat Ali Imran ayat 104:*
_Menyuruh kita berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan terleka dgn halwa dunia._
_Manusia dan masyarakat perlu selalu di ingatkan dan diberi teladan krn inilah inti dakwah islamiah. Mendidik kearah kebaikan dan menolak kemungkaran._
_Kelompok khusus itu untuk melaksanakan dakwah kepada kebajikan makruf serta mencegah kemunkaran._
_Namun tafsiran ini lebih tepat memahami dalam erti sebagian dari jalan yang benar menuju Allah._
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171128

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Abu Basyer*
*BERSABAR KETIKA DICACI DAN DIMAKI HAMUN*
_▶Sa’eed bin Musayyeb berkata:_ *"Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a  hingga menyebabkan Abu Bakar ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.*
_▶Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakar r.a bertanya_
*" Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? "*
_Baginda menjawab ,_
*" Tidak , cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”*
_(Hadis Riwayat Abu Dawud)_
*▶Di dalam hadis tersebut memperlihatkan betapa pentingnya kita berdiam diri tatkala di caci-maki orang ataupun bila ada keadaan yang boleh mendatangkan perasaan marah. Ianya seolah-olah mengatakan berkelakuan ‘diam’ adalah salah satu sifat yang malaikat sukai hingga sanggup malaikat turun dari langit untuk mempertahankan orang sedang dicaci. Manakala perasaan ‘membelas dendam’ pula adalah satu sifat yang disukai oleh Syaitan, hingga malaikat pun melarikan diri dari orang tersebut.*
_▶Diam bukan bererti kita salah dan takut tetapi diam sebab kita tahu Allah ada._
_Setiap perbuatan yg jahat akan ada balasan dari Allah_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171129

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙uѕtαz Ahmadi Ahmad*
*🕌Masjid Taman Keladi*

_📌Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya. Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir._

*🔸Mati pada malam atau hari Jumaat*
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda:
"Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan dipelihara Allah daripada fitnah kubur." (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

*🔸Mati Syahid*
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir. Rasulullah bersabda, sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara.
6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut, dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 orang daripada saudara maranya. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)

*🔸Mati disebabkan sakit perut*
Seseorang yang mati disebabkan sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya." Riwayat al-Nasai'i dan Ibn Hibban)

*🔸Mati kerana musibah, tertimpa runtuhan/tanah.*
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

*🔸Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.* "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

*🔸🔸Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══