*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Husam Dato Syeikh Baderuddin*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Al Jauhar Al Mauhub wa Munabbihat al Qulub (permata pemberian yang indah dan menjaga segala hati yang lalai)*
*📗UBATNYA DOSA IALAH ISTIGHFAR*
☪Dan sabda nabi saw: _Bagi tiap² penyakit itu ubat dan ubat bagi dosa itu istighfar (yakni yang disertakan dia dengan taubat)_
▪Allah tak tengok banyak mana kita buat dosa tapi Allah nak tengok sangat kita bertaubat.
▪Dalam hidup ni kena dah tinggalkan benda² yg melalaikan dan benda² yang berdosa.
▪Kita ni malas buat ibadah kerana dosa² kita. Rasa malas nak tambah ibadah² sunat.
☪Dan sabda nabi saw : _bagi tiap² suatu itu pakaian dan pakaian dosa itu istighfar_
▪Buat maksiat kenalah rasa bersalah dan berdosa, jangan tak rasa apa²,
▪Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.
☪Dan sabda nabi saw lagi : _Barangsiapa minta ampun, nescaya diampunkan Allah baginya, dan jika ada ia lari daripada saf perang sekalipun_
▪Allah menyayangi kita lebih dari ibu dan ayah kita sayang kita.
▪Bila dah buat dosa, insaflah. Yang terbaik kena taubat sungguh² dan menyesal.
▪Mula buat banyak kebaikan. Jangan berkira nak buat baik pun.
▪Kebaikan yang kita buat nak cuci kesalahan yang kita buat bertahun² dulu.
▪Allah akan padamkan segala kejahatan² kita. Sampai bersih buku amalan kita.
▪Taubat kena sungguh². Bukan kata dimulut saja tapi hati menidakkan.
▪Yang terbaik ialah berdoa supaya kita tak buat dosa² lagi.
☪Kesimpulannya, Imam Ghazali berkata kita dapat cek hati kita sama ada baik atau tidak iaitu bila *TENGOK ORANG BUAT IBADAH TAK RASA NAK CEMBURU ( itu tandanya hati kita rosak)*
▪Kalau tak rasa nak cemburu kena banyakkan beristighfar dan bertaubat. Kita kena rasa cemburu dengan ibadah orang.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment