Pages

Thursday 20 July 2017

*KISAH SEORANG PEMUDA*

☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘

*KISAH SEORANG PEMUDA YANG MENGHARAPKAN PERTOLONGAN DARI TUHAN NYA"

"ADA SEORANG PEMUDA TERJATUH KEDALAM LAUT,LALU HANYUT DI TOLAK OMBAK, DAN DIA MENGHARAPKAN PERTOLONGAN DARI TUHAN NYA,
YA TUHAN TOLONGLAH AKU,.

DALAM WAKTU YANG SINGKAT DATANG SATU BOT MENDEKATI NYA LALU ORANG ITU BERKATA  MARILAH NAIK KE BOT AKU,
PEMUDA ITU JAWAB AKU SEDANG MENUNGGU PERTOLONGAN DARI TUHAN KU,MENDENGAR JAWABAN PEMUDA ITU MAKA BOT ITU PUN BERLALU.

KEMUDIAN DIA BERDOA LAGI,YA TUHAN SELAMATKANLAH AKU, TAK LAMA KEMUDIAN DATANG SATU LAGI BOT KEPADA NYA,MENGHULURKAN BANTUAN NAMUN DIA TETAP MENOLAKNYA,KATANYA BIARKAN TUHAN MENENTUKAN NASIBNYA KERANA DIA TELAH BERDOA AGAR TUHAN MENOLONG DIA,
DAN BOT ITU PUN BERLALU PERGI.

AKHIRNYA PEMUDA ITU MATI LEMAS..KETIKA DIA BERSAMA DGN MALAIKAT YANG MENGAMBIL NYAWA NYA,DIA BERKATA KEPADA MALAIKAT,KENAPA TUHAN TIDAK MENOLONG DIA DI SAAT DIA BERDOA MEMINTA PERTOLONGAN?

LALU MALAIKAT ITU BERKATA: BUKANKAH TUHAN TELAH MENGHANTAR  2 ORSNG MEMBAWA BOT UNTUK MENOLONG KAMU?
KENAPA ENGKAU INI BODOH SANGAT?"
SEHINGGA ENGKAU TIDAK BOLEH MENGENAL APA DI MAKSUDKAN PERTOLONGAN DARI TUHAN?

SEBAB ITULAH MANUSIA ITU DI WAJIBKAN BELAJAR AGAR TIDAK MENYOMBONG DIRI ! JERKAH MALAIKAT ITU.

MORAL OF STORY : SETIAP MANUSIA ITU WAJIB MENUNTUT ILMU,SABDA NABI SAW:

"DI WAJIBKAN ORANG LELAKI DAN PEREMPUAN YANG AKHIL BALIKH MENUNTUT ILMU,FEKAH TAUHID DAN TASAWWUF".

JOM P NGAJI. JOM!!!!

☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘🍒☘

BAJET AKHIRAT

Sahabat Agro Networker:
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

*BAJET AKHIRAT*

Ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia seperti sistem kapitalis dan komunis. Sistem ekonomi Islam berpandukan wahyu dari ALLAH SWT. Lebih berimbang dan adil serta tidak mengalami defisit pahala dan penambahan dosa, insya ALLAH. Mengurus ekonomi negara janganlah hanya diukur kepada FDI, KDNK dan apa sahaja istilah-istilah ekonomi, tetapi bajetnya juga perlu dirujuk pada sudut dosa - pahala dan redha ALLAH SWT.

Tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan jiwa manusia. Akan berlakulah penindasan, tekanan dan ketidakadilan yang berterusan. Yang kaya akan bertambah kaya dan yang fakir yang miskin akan bertambah 'BERSAMAMU'.

Para ulama menyepakati bahawa maslahah yang menjadi maqasid as-syariah dalam merangka bajet ekonomi Islam, perlu mencakupi lima jaminan dasar utama, iaitu;
1) Keselamatan Agama (ad-din)
2) Kesalamatan Jiwa (an-nafs)
3) Keselamatan Akal (al-aql)
4) Keselamatan Maruah / keturunan (an-nasl)
5) Keselamatan Harta benda (al-mal)

Mampukan bajet sehingga sehingga beratus billion contohnya, dapat mendekatkan diri rakyat kepada ALLAH. Atau dikhuatiri akan menyebabkan manusia semakin lalai seandainya peruntukan yang begitu besar pada sektor hiburan semata-mata.

Ini kerana sistem ekonomi Islam sebenarnya berbeza dengan sistem ekonomi konvensional. Antara ciri-ciri sistem ekonomi Islam ialah:

*1. Mesti Melibatkan ALLAH.*
Orang Islam berekonomi perlu bermatlamatkan untuk mendapat redha dan kasih sayang ALLAH. Syariat lahir dan batin ditegakkan dan hati tidak lalai dari mengingati ALLAH. Aktiviti berniaga dianggap zikir dan ibadah kepada ALLAH SWT. Ia adalah jihad fisabilillah. Berekonomi diantara jalan untuk menambah bekalan taqwa.

*2. Berteraskan Ketaqwaan.*
Berekonomi dengan lebih mementingkan sifat taqwa daripada modal kewangan yang besar. Ilmu, pengalaman, kemahiran, kekayaan alam semulajadi dan sebagainya. Kerana orang bertaqwa itu dibantu Tuhannya seperti dalam firmanNya maksudnya;

‎وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِين
“... Dan ALLAH itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Jasiyah: 19)

Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi hasilnya banyak. Apatah lagi kalau usahanya banyak. Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar dan dia diberi rezeki oleh ALLAH dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka. Kena yakin itu...

*3. Diurus Seperti Sebuah Keluarga.*
Terjalin kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu keluarga besar. Pengurus seperti ayah. Penyelia-penyelia seperti kakak dan abang. Para pekerja seperti anak. Ayah menjaga keperluan lahir batin anak-anak. Ini termasuk didikan agama, makan minum, keselamatan, kesihatan, pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya.

*4. Penuh Mawaddah Mahabbah.*
Kalau ada 'pelanggan' atau rakyat yang memerlukan barangan dan khidmat tetapi nyata tidak mampu membayar harganya, dibolehkan membayar ikut sesuka hatinya. Kalau dia fakir dan miskin hingga tidak mampu bayar langsung, maka menjadi tanggungjawab memberikan keperluannya itu dengan percuma. ALLAH lah yang akan membayarkan untuknya. Inilah ekonomi kasih sayang.

*5. Keuntungan Untuk Umat.*
Keuntungan dalam sistem ekonomi Islam ada dua bentuk. Satu adalah keuntungan Maknawi dan satu lagi keuntungan Maddi (material). Islam mengajar ahli ekonomi dan peniaganya untuk mengutamakan untung maknawi daripada untung material. Kalaupun ada keuntungan material, ia perlu dihalakan semula dan diperguna untuk kepentingan masyarakat.

*6. Tiada Unsur Mungkar.*
Bajet ekonomi Islam tidak membenarkan muamalat yang mengandungi riba, gharar, judi dan perkara-perkara yang syubhah. Islam ada cara tersendiri untuk menjana model dan kewangannya. Antaranya ialah mudharabah, musyarakah dan sebagainya. Riba' contohnya, hanya mencetus berbagai masalah dan krisis. Harga barangan dan khidmat menjadi tinggi kerana untung lebih terpaksa dicari untuk membayar kadar faedah riba' tersebut.

*7. Pemilikan Adalah Hak ALLAH.*
Mengagihkan kekayaan terhadap umatnya secara sekata tanpa meSahabat Agro Networker:
numpukannya kepada sesuatu kelompok masyarakat sahaja. Semua individu mempunyai hak yang sama dalam mendapatkan kekayaan walaupun kepada mereka yang BELUM beragama Islam. Kekayaan yang diperolehi pula hendaklah daripada sumber yang halal. Bukan main sembrono sahaja...

*8. Mementingkan Akhlak.*
Antara prinsip akhlakiah dalam sistem ekonomi Islam adalah berpaksi di atas keadilan dan kesaksamaan. Prinsip ini dapat dilihat melalui keseragaman nilai yang mewarnai seluruh elemen dalam sistem ekonomi Islam. Ini bermakna, mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi tidak dipinggirkan oleh Islam dari terikat dengan adab serta akhlak (ta'dib wa tarbiyyah) melalui aturan wahyu Ilahi.

Jangan hanya bajet ekonomi dunia, bajet juga ekonomi akhirat. Sekiranya ekonomi dunia berteraskan keuntungan matawang dan harta benda semata-mata, bajet Akhirat pula sejauh mana muamalat kita di dunia mampu menjana keuntungan pahala di Akhirat.

Wallahu a'lam...

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairan jaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...

Tuesday 18 July 2017

CATATAN KAK IJA 170717

*السلام عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*🌹PERKONGSIAN🌹*
*Tuan Guru Siddiq Noor*
*Kitab Hikam*
_(masjid abu bakar as siddiq)_
_......sambungan kitab_

*➡Beza sekali antara orang yang menjadikan Allah sebagai dalil (adanya dunia), dengan orang yang menjadikan dunia sebagai dalil (adanya Allah)*
➡Orang yang menjadikan Allah sebagai dalil adanya dunia, maka bererti ia telah meletakkan haknya secara benar. *Allah jadi asal penunjuk.*
➡Sedangkan orang yang menjadikan dunia sebagai dalil adanya Allah, mengindikasikan bahwa dirinya tidak dekat dengan Allah.
Sejak bila Allah hilang dari pandangannya, hingga ia harus menjadikan dunia sebagai perantara untuk mengenal Allah?
Bilakah Allah menjauh dari dirinya, hingga ia menggunakan dunia sebagai sarana untuk tambah mendekat dengan Allah?
➡Hikmah ini mengajarkan kita agar menjadikan Allah sebagai tujuan utama. Buat motivasi hidup, agar usia yang masih tersisa ada arah tujuan.

_Capai Makrifat_

*1⃣Jangan makan banyak.*
Bila makan banyak boleh mematikan hati. Nabi muhammad saw dan para sahabat juga alim2 ulamak makan hanya sedikit sangat. Lebih banyak berpuasa dr makan.
*2⃣Waktu sahur* Bangun waktu sahur iaitu 1/3 malam. Allah menunggu2 doa hamba2 Nya. Paling kurang buatlah solat sunat 2 rakaat.
*3⃣Jangan banyak bercakap.*
Perbalahan yang berlaku krn banyak sgt yang tunjuk pandai. Tambahan adanya laman sosial mereka jdkan medan menfitnah dan mencerca.
_(bila kita niat yg tak elok dan menfitnah bila & bagaimana kita akan minta maaf)?_
*4⃣Kita harus asingkan diri dr manusia yang merosakkan.*
_(Carilah ustaz2 dan ulamak2 utk menimba ilmu lebih baik benda benda yg sia2.)_

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_

•┈┈┈•❀❦🕌❦❀•┈┈┈•

Friday 14 July 2017

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته .. بسم الله الرحمن الرحيم .. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وازواجه وذريته واهل بيته واصحابه وعلينا اجمعين....

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT.

Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

- Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

والله اعلم..

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH.


*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Thursday 13 July 2017

ORANG-ORANG YANG SOMBONG

Surah Az-Zumar, Verse 60:

وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسْوَدَّةٌ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِّلْمُتَكَبِّرِينَ
Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?

Sombongkah Aku?????

🚩Merendahkan orang lain itu sombong.
🚩Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
🚩Menunjuk2 kelebihan itu sombong.
🚩Berlumba2 menunjukkan kekayaan pun sombong.
🚩Memperbodohkan org lain itu sombong.
🚩Sentiasa nak menang itu juga sombong.
🚩Mementingkan diri sendiri itu sombong.
🚩Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.
🚩Bersangka buruk itu sombong.
🚩Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.
🚩Merasa diri hebat itu sombong.
🚩Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
🚩Tidak boleh ditegur itu sombong.
🚩Memperkecilkan dan meremehkan org lain itu juga sombong....

*YA ALLAH HINDARILAH AKU DARI SIKAP INI..*

#MuhasabahDiriSendiri

Wednesday 12 July 2017

YOU ARE NOT LATE, YOU ARE JUST ON TIME

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut
#copypaste
#Allah sebaik-baik perancang
#Allah sebaik-baik pelindung

Monday 10 July 2017

SYARAT UTAMA DITERIMANYA IBADAH

Peribadatan seorang hamba yang muslim akan diterima dan diberi pahala oleh Allah I apabila telah memenuhi dua syarat utama berikut ini, yaitu :

1.    IKHLAS  ( اَلإِخْلاَصُ )

Ikhlas merupakan salah satu makna dari syahadat (  أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ) ‘bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah I’ yaitu agar menjadikan ibadah itu murni hanya ditujukan kepada Allah semata. Allah I berfirman :

وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama”. [QS. Al Bayyinah : 5]

فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

“Maka beribadahlah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan (mu) untuk-Nya.” [QS. Az Zumar : 2]

Kemudian Rasulullah r bersabda :

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَ جَلَّ لاَ يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلاَّ مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ

“Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal perbuatan kecuali yang murni dan hanya mengharap ridho Allah”. [HR. Abu Dawud dan Nasa’i]

Lawan daripada ikhlas adalah syirik (menjadikan bagi Allah tandingan/sekutu di dalam beribadah, atau beribadah kepada Allah tetapi juga kepada selain-Nya). Contohnya : riya’ (memperlihatkan amalan pada orang lain), sum’ah(memperdengarkan suatu amalan pada orang lain), ataupun ujub(berbangga diri dengan amalannya). Kesemuanya itu adalah syirik yang harus dijauhi oleh seorang hamba agar ibadahnya itu diterima oleh Allah I . Sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ

“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah syrik kecil”, para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apa itu syirik kecil ? Rasulullah menjawab : “Riya’”. [HR. Ahmad]

Kemudian firman Allah tentang larangan syirik ialah,

فَلاَ تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui”. [QS. Al-Baqoroh :22]

Orang yang rajin beribadah kepada Allah I namun dalam waktu yang bersamaan ia belum bertaubat dari perbuatan syirik dengan berbagai bentuknya, maka semua amal ibadah yang telah dikerjakannya menjadi terhapus dan ia menjadi orang yang merugi di akhirat kelak, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan”. [QS. Al-An’aam: 88]

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu Termasuk orang-orang yang merugi”. [QS. Az-Zumar: 65]

2. AL-ITTIBA’ ( اَلْاِتِّبَاعُ )

Al-Ittiba’ (Mengikuti Tuntunan Nabi Muhammad r) merupakan salah satu dari makna syahadat bahwa Muhammad adalah utusan Allah (أَنَّمُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ), yaitu agar di dalam beribadah harus sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad r . Setiap ibadah yang diadakan secara baru yang tidak pernah diajarkan atau dilakukan oleh Nabi Muhammad maka ibadah itu tertolak, walaupun pelakunya tadi seorang muslim yang mukhlis(niatnya ikhlas karena Allah dalam beribadah). Karena sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kita semua untuk senantiasa mengikuti tuntunan Nabi Muhammad  dalam segala hal, dengan firman-Nya :

وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

“Dan apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”.[QS. Al Hasyr : 7]

            Dan Allah Ta’ala berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu”. [QS. Al-Ahzaab: 21]

Dan Rasulullah r  juga telah memperingatkan agar meninggalkan segala perkara ibadah yang tidak ada contoh atau tuntunannya dari beliau, sebagaimana sabda beliau:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barang siapa mengamalkan suatu amalan yang tidak ada urusannya dari kami maka amal itu tertolak”. [HR. Muslim]

Itulah tadi dua syarat yang menjadikan ibadah seseorang diterima dan diberi pahala oleh Allah, sebagaimana firman-Nya :

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shaleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”. [QS. Al Kahfi : 110]

Berkata Ibnu Katsir di dalam menafsirkan ayat ini : “Inilah 2 landasan amal yang diterima (dan diberi pahala oleh Allah), yaitu harus ikhlas karena Allah dan benar / sesuai dengan syari’at Rasulullah .”

Jadi kedua syarat ini haruslah ada pada setiap amal ibadah yang kita kerjakan dan tidak boleh terpisahkan antara yang satu dan yang lainnya. Mengenai hal ini berkata Al Fudhoil bin ‘Iyadh :

“Sesungguhnya andaikata suatu amalan itu dilakukan dengan ikhlas namun tidak benar (tidak sesuai dengan tuntunan Nabi Muhammad ), maka amalan itu tidak diterima. Dan andaikata amalan itu dilakukan dengan benar (sesuai dengan tuntunan Nabi ) tapi tidak ikhlas, juga tidak diterima, hingga ia melakukannya dengan ikhlas dan benar. Ikhlas semata karena Allah, dan benar apabila sesuai dengan tuntunan Nabi ”.

Maka barang siapa mengerjakan suatu amal dengan didasari ikhlas karena Allah semata dan cocok dengan tuntunan Rasulullah niscaya amal itu akan diterima dan diberi pahala oleh Allah. Akan tetapi kalau hilang salah satu dari dua syarat tersebut, maka amal ibadah itu akan tertolak dan tidak diterima oleh Allah I. Hal inilah yang sering luput dari perhatian orang banyak karena hanya memperhatikan satu sisi saja dan tidak  memperdulikan yang lainnya. Oleh karena itu sering kita dengar mereka mengucapkan : “yang penting niatnya, kalau niatnya baik maka amalnya akan baik”.

Perlu diketahui bahwa sikap ittiba’ (berupaya mengikuti tuntunan Nabi Muhammad r) tidak akan tercapai / terwujud kecuali apabila amal ibadah yang dikerjakan sesuai dengan syari’at dalam 6 (enam) perkara, yaitu :

1.    SEBAB ( اَلسَّبَبُ )

Jika seseorang melakukan suatu ibadah kepada Allah dengan sebab yang tidak di syari’atkan, maka ibadah tersebut adalah bid’ah dan tertolak. Contohnya: ada orang melakukan sholat Tahajjud khusus pada malam 27 Rajab dengan dalih bahwa malam itu adalah malam Isro Mi’rajnya Nabi Muhammad r. Sholat Tahajjud adalah ibadah yang dianjurkan, tetapi karena dikaitkan dengan sebab tersebut yang tidak ada syari’atnya, maka ia menjadi bid’ah.

2.    JENIS ( اَلْجِنْسُ )

Ibadah harus sesuai dengan syari’at dalam jenisnya. Contohnya:bila seseorang menyembelih kuda atau ayam pada hari Iedul Adha untuk korban, maka hal ini tidak sah karena jenis yang boleh dijadikan untuk korban adalah unta, sapi dan kambing.

3.    BILANGAN ( اَلْعَدَدُ )

Kalau ada orang yang menambahkan rokaat sholat yang menurutnya hal itu diperintahkan, maka sholatnya itu adalah bid’ah dan tidak diterima oleh Allah. Jadi apabila ada orang yang sholat Dhuhur 5 rokaat atau sholat Shubuh 3 rokaat dengan sengaja maka sholatnya tidak diterima oleh Allah karena tidak sesuai dengan tuntunan Nabi Muhammad.

4.    TATA CARA ( اَلْكَيْفِيَّةُ )

Seandainya ada orang berwudhu dengan membasuh kaki terlebih dulu baru kemudian muka, maka wudhunya tidak sah karena tidak sesuai dengan tata cara yang telah disyari’atkan oleh Allah dan Rasul-Nya di dalam Al-Qur’an Al-Karim dan Al-Hadits Asy-Syarif.

5.    WAKTU ( اَلزَّمَانُ )

Apabila ada orang yang menyembelih korban sebelum sholat hari raya Idul Adha atau mengeluarkan zakat Fitri sesudah sholat hari raya Idul Fitri, atau melaksanakan shalat fardhu sebelum masuk atau sesudah keluar waktunya, maka penyembelihan hewan korban dan zakat Fitrinya serta shalatnya tidak sah karena tidak sesuai dengan waktu yang telah ditentukan oleh syari’at Islam, yaitu menyembelih hewan korban dimulai sesudah shalat hari raya Idul Adha hingga sebelum matahari terbenam pada tanggal 13 Dzul Hijjah (hari Tasyriq ketiga), dan mengeluarkan zakat Fitri sebelum dilaksanakannya sholat Idul Fitri.

6.    TEMPAT ( اَلْمَكَانُ )

Apabila ada orang yang menunaikan ibadah haji di tempat selain Baitulah Masjidil Haram di Mekah, atau melakukan i’tikaf di tempat selain masjid (seperti di pekuburan, gua, dll), maka tidak sah haji dan i’tikafnya. Sebab tempat untuk melaksanakan ibadah haji adalah di Masjidil Haram saja, dan ibadah i’tikaf tempatnya hanya di dalam masjid.

Sehingga dengan memperhatikan enam perkara tersebut, maka kita dapat mencocokkan / mengoreksi apakah amal ibadah yang kita lakukan sudah sesuai dengan syariat Allah dan Rasul-Nya atau tidak?.

Demikian pembahasan singkat tentang syarat-syarat utama diterimanya amal ibadah. Semoga bermanfaat bagi kita semua di dunia dan akhirat. Amiin…

(Sumber: Buletin Dakwah Al-Ittiba’, Yayasan Mutiara Hikmah Klaten – Jawa Tengah, edisi 21 tahun II, 2008 M)