Pages

Saturday 27 July 2019

"KALAU TUHAN CIPTA MANUSIA, MESTI ADA YANG CIPTA TUHAN?"

"Kalau tuhan cipta manusia, mesti ada yang cipta tuhan?"

Wajib bagi tuhan itu bersifat dengan QIDAM. QIDAM ertinya SEDIA, makna SEDIA itu ialah tiada awal. Tiada awal di sini bermaksud tiada permulaan pada kejadian, iaitu tidak ada permulaan pada kejadian tuhan.

Lawan QIDAM ialah HUDUTH, ertinya BAHARU. Contoh perkara BAHARU  ialah kita manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

Makhluk ada permulaan pada kejadiannya. Dahulu tiada, kemudian baru ada apabila diciptakan.

Okay, dalam ilmu tauhid, kita akan fardhu taqder untuk bawak mari dalil iaitu BUKTI . Dalam kes ini, apa bukti tuhan itu tiada permulaan pada kejadiannya?

⭐️Dalil tuhan itu qidam adalah BAHARU ALAM INI. Sebelum ini kita telah faham sifat wujud, bahawa alam ni baharu lalu ia tidak dapat terjadi dengan sendiri. Maka perkara baharu ni mesti ada yg menjadikan dia. Benar?

⭐️Jadi, KALAULAH yang menjadikan alam itu pun baharu juga (iaitu kalau tuhan baharu juga), maka tidak boleh lepas akan dua jalan :
1⃣ Tuhan menjadikan dirinya sendiri
ATAU
2⃣ Ada yang lain yang menjadikan tuhan

⭐️Maksudnya, jikalau tuhan tidak qidam, maka mesti ia baharu dan jikalau tuhan itu baharu maka mesti akan terjadi dua jalan tadi:

1⃣Jalan pertama, tuhan menjadikan dirinya sendiri.
2⃣Jalan kedua, ada yang lain yang menjadikan dia,

kerana benda baharu tidak boleh terjadi sendiri, mesti ada yang menjadikan dia.

🔹Bagi jalan pertama iaitu tuhan membuat dirinya sendiri. Maka ini MUSTAHIL, akal kita tidak boleh terima kerana benda yang tiada tidak boleh jadi tukang buat. Sebelum tuhan hendak membuat diri dia, dia mestilah tiada dahulu. Jadi macam mana benda yg tiada  boleh jadi tukang buat? Akal tidak terima. Jalan ini mustahil.

🔹Jalan kedua pula iaitu ada yang lain yang menjadikan tuhan. Maka jalan ini akan membawa pada DAUR dan TASALSUL. Mustahil juga daur dan tasalsul ini.

🔜Maka sabitlah tuhan itu qidam dan tidak baharu.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

⚠️Bagi jalan kedua ini, perlukan syarah lagi untuk nampak jelas jalan mustahilnya.

✅Daur ialah pusingan yang akan berpusing dan kembali pada asal.

✅Tasalsul adalah rantaian yang didakwa tiada penghujung.

🔷Contoh daur:
Tuhan A diciptakan oleh tuhan B. Tuhan B pula diciptakan oleh tuhan A.

🔷Seperti itulah daur, ia berpusing balik kepada asalnya.

🔷Maka di sini, mustahil daur itu kerana berhimpun dua perkara yg berlawanan.

📢Dalam ilmu tauhid ada 1 qaedah :  Dua perkara yang berlawanan mustahil berhimpun. (Seperti seorang itu GERAK dan DIAM pada suatu masa yang sama, mustahil)

🔷Tuhan A diciptakan oleh tuhan B, maka di sini tuhan A terkemudian dan tuhan B yang terdahulu (sebelum tuhan B cipta tuhan A, tuhan B ada dulu).

🔷Tapi, didakwa juga tuhan B diciptakan oleh tuhan A, maka tuhan B pula terkemudian dan tuhan A terdahulu.

🔷Di setiap individu tuhan A atau B itu berhimpun TERDAHULU dan TERKEMUDIAN pada suatu masa yang sama, ini mustahil kerana berhimpun 2 perkara yang berlawanan.

🔶Tasalsul pula ialah rantaian yang didakwa tiada penghung.

🔶Contoh tasalsul:
Katakan tuhan A baharu, yang buat dia ialah tuhan B. Tuhan B pun baharu, yang buat dia tuhan C. Dan berterusanlah begitu sampai didakwa tiada penghujung.

🔶Maka di sini (tasalsul), berhimpun 2 perkara yg berlawanan iaitu berhimpun ada penghujung dan tiada penghujung.

🔶Didakwa bahawa tasalsul tiada penghujung sedangkan kalau kita kira2 balik dengan akal kita yang sejahtera, ia ada penghujung kerana ia rantaian ke arah/ke balik ATAS/UMBI.

🔶Contoh, saya datang dari ayah saya, ayah saya dari datuk saya, datuk saya dari moyang saya sampai la penghujungnya nabi adam. Maka ada penghujung sebab ia tasalsul ke balik atas.

🔶Bila kita kira2 tentang tuhan, mestilah ke balik atas, iaitu ke arah siapa yang buat siapa, begitulah. Jadi berhimpun 2 perkara yg berlawanan (ada penghujung dan tiada penghujung) maka mustahil.

⛔️Semua jalan yang mendakwa ke tuhan itu baharu , mustahil.

🔊Maka sabitlah tuhan itu qidam dan tidak baharu.

Jadi, soalan siapa yang buat tuhan itu macam mana? SOALAN PUN TAK BETUL.

@catitanilmutauhid aidasyuhada