Pages

Tuesday 6 February 2018

KULIAH MAGRIB @ MBPJ

Kitab Matla' Al Nurain @ Ust Zubair
6hb Feb 18

+ Isteri boleh diberi kuasa oleh suami utk menceraikan diri. Kalau belum dukhul, tak perlu kembali mas kahwin

+ Talak sebelum dukhul, tak perlu kembali mas kahwin. Kalau mani masuk, walaupun belum dukhul, umpama talak raji'e. Ada iddah, tp tak wajib kembali mas kahwin

+ bila berlaku kes li'an, perkahwinan terbubar dgn sendiri, isteri x layak dpt balik mas kahwin

+ kalau suami atau isteri minum susu ibu mertua cukup syarat 5 kali kenyang, pernikahan terbubar dgn sendiri. Maka mahar dikembalikan setengah. Ni kes bernikah semasa kanak2.

+ kalau berlaku perceraian sebelum dukhul, eg nikah gantung, tp x pernah bersama, elok rujuk Pej Agama utk selesaikan ttg mahar.

+ mahar itu adalah harga isteri. Hak isteri utk benarkan dijima', jika dah dpt mahar, dan utk tak benarkan jika belum bayar mahar. 

+ kalau isteri mati sblm dukhul, mahar wajib dibayar kpd isteri. Tp kalau isteri yg bunuh suami, tak layak dpt mahar. Semua kes2 ni adalah sblm dukhul.

+ mahar adalah pemberian suami kpd isteri sebarang apa yg boleh diberi. Yg terbaik ialah yg tak terlalu sukar atau mahal, dan yg x terlalu murah sampai menghina. Kena tgk jugak taraf, rupa, pendidikan dsb.

+ syarat mahar ada 5: 1/ suci dan halal, 2/ada manfa'at, 3/boleh diserah 4/dlm milik suami 5/diketahui jelas sifat benda yg dibuat mahar.

Thursday 1 February 2018

WANITA JUGA PERLU MENUNTUT ILMU

Karangan Abu Malik Kamal ibn as-Sayyid Salim.
Ulama kelahiran mesir kemudian berangkat ke saudi untuk menuntut ilmu agama dari para ulama Hejaz dan Nejd.

Perihal perlunya wanita juga seperti laki-laki dalam menuntut ilmu.
Sesungguhnya wanita adalah setengah dari masyarakat dari segi jumlah, akan tetapi ia memiliki pengaruh yang jauh lebih banyak. Seorang wanita boleh memberi pengaruh positif ataupun negetif kepada suami dan anak-anaknya.

Seorang penyair berkata,
Ibu adalah madrasah, jika engkau boleh menyiapkannya dengan baik
Bererti engkau telah menyiapkan sebuah bangsa yang baik.

Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya kaum wanita itu adalah sebahagian dari laki-laki"
[Abu Dawud (236), at-Tirmizi (113) dan ia kedudukannya hasan dengan berbagai jalurnya.

Dan tidak ada cara lain untuk mengetahui selain dengan menuntut ilmu. Bertolak dari kefahaman ini, maka menuntut ilmu menjadi wajib bagi setiap muslim dan muslimah. Bahkan Imam Ibnul Jauzi telah mengkhususkan satu bab khusus di dalam kitabnya Ahkam an-Nisa' yang membahas tentang kewajipan menuntut ilmu bagi seorang wanita. Dalam kitabnya Imam Ibnul Jauzi membuka bab tersebut dengan mengatakan, "Seperti halnya laki-laki, wanita juga diberi beban oleh syariat. Kerana itu, wanita wajib menuntut ilmu yang wajib baginya, agar ia boleh menunaikan berbagai kewajipannya itu dengan keyakinan."

Kaum wanita di zaman Rasulullah saw menghadiri majlis-majlis ilmu dan bertanya kepada beliau mengenai permasalahan yang berkait dengan mereka. Boleh jadi wanita-wanita zaman sekarang merasa malu untuk menanyakan masalah-masalah kewanitaan seperti itu. Sehingga Aisyah memberi pengecualian terhadap wanita-wanita Anshar dengan ucapannya,

" Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memahami agama."
[Shahih Muslim 332]

Mereka sering bertanya tentang hukum mimpi basah, mandi wajib, haid, darah istihadhah dan lainya. Ketika mereka merasa belum puas kerana banyaknya jumlah kaum lelaki yang juga berada dalam majlis Rasulullah saw, mereka meminta kepada beliau agar memberikan satu hari khusus untuk mereka. Untuk itu mereka meminta secara terus terang,

" Wahai rasulullah, kami telah dikalahkan oleh kaum lelaki dalam bertanya kepadamu, maka berilah kami satu hari yang khusus untuk kami." Maka beliau pun menjanjikan mereka satu hari khusus di mana beliau menemui mereka dan mengajarkan mereka hal-hal yang berkenaan dengan mereka."
[Al-Bukhari (102), Muslim (2634)]

Laki-laki dan wanita tidak ada perbezaan dalam mentaati perintah Allah serta ganjaran pada amal perbuatan sendiri.
[Rujuk surah Al-ahzab: 35 dan surah at-Taubah: 71]

*TENTANG REZEKI*

Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

 *Jom fikir luasnya rezeki.*

 Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.