Pages

Tuesday 30 January 2018

KULIAH MAGRIB @ 30 Jan 18

Bab Sifat Takabbur
Ustaz Abdul Qayyum@Masjid Tunku Sallehuddin, BPJ

Sesungguhnya, sesorg tu asalnya dari air mani dan kesudahannya seumpama bangkai. Dan ketika hidupnya hanya menanggung najis. Lahirnya telanjang tanpa pakaian dan diberi pinjam pakaian oleh Allah SWT. Jadi kenapa ada orang yg takabbur, sombong dan bangga diri?

Solat yang cukup rukun2 dan syarat2 sah, pasti sah. Tapi solat tu tak tentu diterima Allah kalau tiada keikhlasan didalam perlaksanaan.

Kalau tiada berpada-pada dlm perwatakan dan akhlak, ada ujub, hasad, takabbur, Allah tidak terima amal soleh. Kalau tidak terasa kudrat Allah didalam apa jua perkara, akan susah nk rasa syukur.

Ujub - syok sendiri, perasan
Takabbur - tolak kebenaran, dan merendah2 org
Suma'h - suka dipuji
Kesemuanya dosa besar.

Kita tak boleh rasa aman selesa dan cukup dgn amal soleh yg kita buat. Kemunkinan ada sedikit amalan doleh yg menjadi asbab kemurkaan Allah. Maka keampunan dan keredhaan Allah SWT hendaklah sentiasa dicari.

Mohonlah keampunan dari Allah SWT sentiasa.
Kuliah ditangguhkan dgn tasbih kaffarah dan suratul Asr.

Friday 26 January 2018

Nota Kuliah Maghrib

Ust Abd Rahman, Surau Al-Syakirin @ 26 Jan 2018
> Masalah ke 85
Afdhal dita'akhirkan sedikit waktu solat utk dirikan solat jemaah 5 waktu, bilamana hanya seorg shj. Utamanya solat jemaah sehingga waktu perang pun dituntut solat jemaah yakni solat khauf.
Satu pandangan, solat dulu seorang diri. Bila dah ada org, sunat utk ikut sekali berjemaah.
> Masalah ke 86
Sunat tegur imam bila imam baca salah seperti mana menegur orang yg salah bacaan diluar solat. Adab menegur hendaklah tunggu imam berhenti dari mengulang2 bacaan dan diam, baru tegur. Kalau makmum pun tak tahu, imam dah lupa surah, boleh dibaca surah Fatihah sebagai surah. Tak dianggap batal solat makmum jika diqasad atau tidak utk tegur imam kerana utk kepentingan solat.
Tak sah solat jika tidak khusyuk langsung sepanjang solat. Sekurang2nya ada sedikit khusyuk sebhg dari solat. Cara nk khusyuk, hendaklah sorg itu bersedia utk solat.
Sekiranya niat utk solat & juga utk tunjuk cara, sah solat itu kerana utk masalahah solat. Seperti juga halnya wudu'.
> Masalah ke 87
Wajib tegur imam yg terlupa/tersilap dgn tasbih bg makmum lelaki atau sekali tepuk bg makmum perempuan.
> Masalah ke 88
Makmum syak (50/50) imam tertinggal rukun, tak payah tegur kalau imam nmpk spt yakin cukup rukun. Tetapi, makmum mufarakah dan sempurnakan rukun solat dan sujud sahwi.

Wallahu'alam.

KULIAH SUBUH - KITAB FIQH

HUKUM2 KEATAS BAYI YG DILAHIRKAN
Ustaz Khairuddin Yusof@Masjid Tunku Sallehuddin BPJ - 26 Jan 18

1/ Beri nama. Sunat setelah 7 hari dilahirkan. Jika mati selepas beberapa ketika lahir, sunat diberi nama.

2/ Bayi yg gugur sunat diberi nama yg sesuai walaupun tak pasti jantinanya. Ayah bertanggungjawab beri nama yg elok2. Mafhum hadith, akhirat nanti kita akan dipanggil dgn nama kita. Sebaik2 nama - Abdullah @ Abdul Rahman.

3/ Kita dituntut utk bertanya kpd yang lebih arif dan alim perihal perkara2 yg kita tak tahu terutamanya ilmu agama. Menuntut ilmu agama itu adalah kewajipan fardu ain. Hanya 2 perkara yg kita dituntut -melaksanakan suruhan Allah & meninggalkan laranganNya. Tidak ada cara lain yg lebih afdhal utk mendapat ilmu melainkan dgn mengaji. Kejayaan didunia tidak bermakna kalau akhirat kita gagal. Terdapat kajian tentang kesan perlaksanaan syariat Islam di dalam pengurusan kehidupan dunia utk menyukat korelasi tahap perlaksanaan syariat Islam dgn kecemerlangan pengurusan duniawi. Rata2 negara2 Islam tidak punya korelasi yang tinggi. Hanya negara2 yg bukan Islam seperti Jepun mempunyai indeks yg tinggi. Mengapa begini? Perlu musahabah yang mendalam.

4/ Contoh2 nama2 yg elok ialah Asmaulhusna. Mesti tambah kalimah Abdul di hadapan Nama2 Allah jika digunakan. Nama2 Nabi2 dan Rasul2, Sahabat2, Malaikat, anak2 Nabi Muhammad, Ummulmukminin, ulama2, waliyullah yg disebut dlm Quran, nama2 yg maknanya baik walaupun bukan bahasa Arab. Dinasihatkan letak nama Muhammad/Ahmad utk ank2 lelaki. Mafhum hadith sesiapa yg ada ank lelaki ramai tp tak ada yg bernama Muhammad/Ahmad, bapanya org yg jahil. Kata Imam Malik, jika ada seorg yg ada bernama Muhammad, ada keberkatan dlm rumahtangga.

5/ Hukum seorg ayah menamakan anak dgn nama yg tidak baik adalah berdosa yakni haram.

Kuliah ditangguh dgn tasbih kaffarah dan Suratul 'Asr.

والله تعلى أعلم الصواب



Friday 19 January 2018

KULIAH SUBUH KITAB DOSA2 BESAR

Bab Pada Menyatakan Perkara2 yg Membatalkan Iman - Ust Zakarya Ahmad@Masjid Bandar Puteri Jaya 19 Jan 18

Putusnya Islam dgn amali, lisan dan hati walaupun secara melawak.....
/sujud kpd makhluk
/ruku' kpd makhluk
/buang Quran ditempat yg x sepatutnya eg tandas, sampah atau mencemarkan dgn mengotorinya dgn benda2 keji dll
/menghina fatwa2 yg dibuat ulama'2
/beriktiqad bahawa ciptaan@makhluk@alam itu semulajadi
/beriktiqad roh itu kekal
/beriktiqad Allah itu terbatas, berjirim, berjisim atau sama dgn makhluk
/menghina Nabi2, Sahabat2
/menolak salah satu dari perkara2 yg wajib dipercayai dlm rukun iman spt malaikat2, kitab2, qada qadar dll
/menganggap syariat Islam itu tak sempurna atau tak sesuai
/menolak atau menambah walau satu huruf dari Al Quran
/menolak@hina sunnah Nabi SAW eg menyimpan janggut, memotong kuku etc
.....bersambung
والله تعالى اعلم