Pages

Monday 4 March 2013

Blog Entry 4 Mac 2013/ 22 Rabiul Akhir 1434H


Disatu mlm aku sedang pekena laksa selepas maghrib sementara dok tunggu isya. Sedang dok ralit hirup kuah laksa, tetiba lalu depanku seorang sedang dok pikui ais ketul satu karung masuk kedai laksa tu sambil terhinggut2 kerana berat. Heran! Selalu orang pikui satu karung atas bahu, satu lagi bawa dengan tangan. Tetiba ku lihat rupanya wanita. Patutla! Tgk rupa baya2 isteriku. Dia drebar lori ais ketui sedang dok hantar ais.

Entah kenapa tiba2 hatiku berombak. Entah2 dia ada anak dok tunggu dirumah? Mana suami dia? Seribu persoalan bermain diotak ku. Munkinkah dia ibu tunggal sedang memerah kudrat cari rezki dengan jadi drebar lori ais hantar ais malam2 pastu kena pikul aisketui yang tentunya tak ringan. Macam pikui batu be!

Lalu aku terkenang isteriku. Terasa emosional lak. Syukur isteriku tak payah buat lagutu. Keluaq mlm2 sorg2 p sana sini punggai karung aisketui tak kira masa. 

Ombak keinsafan melanda batinku. Ku hela nafas panjang sambil mengucap syukur kpd Allah. Apa yg aku ada itulah yg terbaik utkku. Aku tekad akan lebih hargai anak isteriku dan sedaya upayaku tak sia2kan amanah dan nikmat yg Allah bagi. Memberi lebih dari menerima. Subhanallah!

No comments:

Post a Comment