Pages

Tuesday 17 October 2017

SYAIR EIDUL MAWLID

SYAIR  EIDUL MAWLID

Sempena ulangtahun kelahiran mu wahai insan,
ucapkanlah syukur dan redho kpd Yg Maha Mengasihan,
Yg telah mentakdirkan hidupmu seadanya kesan,

Ibu yang telah berkorban masa dan kudrat,
Bersabung nyawa nan hayat,
Mengandung dan melahirkan zuriat,

Ayah yang telah berhempas pulas,
Membanting tulang dan ruas,
Mencari ketulan lauk dan butiran beras,

Jasa kalian wallahi tidak terbalas,
Hanya kalungan doa dititip buat alas,

Ke hadrat Tuhan kirimkan seruan,
Panjangkan umur didalam iman
Tingkatkan ilmu dan amalan
Tambahkan harta dan keberkatan
Masukkan kami ke dalam Jannatul Firdaus sebaik-baik taman

Amin

©abu taw'am

No comments:

Post a Comment