Pages

Friday 26 January 2018

Nota Kuliah Maghrib

Ust Abd Rahman, Surau Al-Syakirin @ 26 Jan 2018
> Masalah ke 85
Afdhal dita'akhirkan sedikit waktu solat utk dirikan solat jemaah 5 waktu, bilamana hanya seorg shj. Utamanya solat jemaah sehingga waktu perang pun dituntut solat jemaah yakni solat khauf.
Satu pandangan, solat dulu seorang diri. Bila dah ada org, sunat utk ikut sekali berjemaah.
> Masalah ke 86
Sunat tegur imam bila imam baca salah seperti mana menegur orang yg salah bacaan diluar solat. Adab menegur hendaklah tunggu imam berhenti dari mengulang2 bacaan dan diam, baru tegur. Kalau makmum pun tak tahu, imam dah lupa surah, boleh dibaca surah Fatihah sebagai surah. Tak dianggap batal solat makmum jika diqasad atau tidak utk tegur imam kerana utk kepentingan solat.
Tak sah solat jika tidak khusyuk langsung sepanjang solat. Sekurang2nya ada sedikit khusyuk sebhg dari solat. Cara nk khusyuk, hendaklah sorg itu bersedia utk solat.
Sekiranya niat utk solat & juga utk tunjuk cara, sah solat itu kerana utk masalahah solat. Seperti juga halnya wudu'.
> Masalah ke 87
Wajib tegur imam yg terlupa/tersilap dgn tasbih bg makmum lelaki atau sekali tepuk bg makmum perempuan.
> Masalah ke 88
Makmum syak (50/50) imam tertinggal rukun, tak payah tegur kalau imam nmpk spt yakin cukup rukun. Tetapi, makmum mufarakah dan sempurnakan rukun solat dan sujud sahwi.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment