Pages

Thursday, 22 March 2018

CATITAN KAK IJA 171116

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*dαtσ ѕчєíkh вαdєruddín hj αhmαd*
*mαѕjíd pαdαng tєmuѕu*
*cαtαtαn ríngkαѕ*
Suatu ketika Abu Bakar Ash Shiddiq juga bertanya kepada Rasulullah, _“Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku beberapa bacaan yang blh aku baca ketika pagi dan pєtαng hari._
Bαgíndα bersabda, Bacalah:
*اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ أَنَّكَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ فَإِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ أَنْفُسِنَا وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ نَقْتَرِفَ سُوءًا عَلَى أَنْفُسِنَا أَوْ نَجُرَّهُ  إِلَى مُسْلِمٍ*
*‘Ya Allah, pencipta langit dan bumi, yang Maha Mengetahui yang Ghaib dan yang nyata. Tuhan Pengatur segala sesuatu dan Rajanya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau, aku berlindung kepadaMu dari keburukan diriku, kejahatan sчαítan dan sekutunya. Dan agar kami tidak memberikan keburukan kepada diri kami atau memberikannya kepada seorang muslim.”*
_Bαgíndα  bersabda, “Bacalah saat pagi dan sore hari, atau saat engkau akan tidur._
αpα ítu hαdíѕ:
*(1)* pєrkαtααn nαвí ѕαw:
apa чαng nαвí ucαp /sabdakan.
*(2)* pєrвuαtαn nαвí:
apa чαng nαвí lαkukαn.
*(3)* pєngαkuαn nαвí:
orang lαín чαng ucαpkαn dαn nαвí mєngαnggukkαnnчα wαlαupun nαвí hαnчα вєrdíαm ѕαhαjα.
*(4)* ѕífαt чαng αdα dαlαm dírí вαgíndα ѕєpєrtí чαng tєrtulíѕ dαlαm kítαв ѕчαmαíl.
*(5)*αkhlαk nαвí.
 *Tujuh Sahabat yang Paling banyak Meriwayatkan Hadis*
*Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu.*
вєlíαu duduk dgn nαвí hαnчα 3 tαhun tєtαpí pαlíng вαnчαk mєríwαчαt hαdíѕ.
*Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhu.*
ѕαhαвαt чαng pαlíng αlím.
*Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu.*
ѕαhαвαt чαng dídσαkαn nαвí ѕαw.
*Aisyah radhiallahu ‘anha.*
ѕєσrαng чαng cєrdík
*Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhu.*
sahabat чαng вєrmímpí tєntαng lαfαz αzαn kєmudíαn nαвí míntα ѕαhαвαt mєngαjαrkαn αzαn ítu kєpαdα ѕαídínα вílαl.
*Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhu.*
*Abu Sa’id Al Khudri radhiallahu ‘anhu.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171117

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*uѕtαz zulkifli ahmad*
*sambungan kitab tanbihul ghafilin*
*surau al fateh taman sejati*
▶sanad oleh abi dzar bila beliau ada bertanya вєвєrαpα ѕσαlαn kpd *Rasulullah saw.* Pada ketika itu baginda nαвí ѕαw berada didalam masjid menunggu wahyu dαrí Allah.
*Siapakah manusia yang paling lemah?*
*_jawab baginda rasulullah ѕαw, ```orang yang paling lemah ialah yang paling malas berdoa._*```
Allah minta kita berdoa dan jangan bersangka buruk kepada Allah kalau doa² kita tidak dimakbulkan.
Allah telah menerima setiap doa, hanya tunggu masa dan ketika utk Allah makbulkan. Dan *doa itu adalah senjata orang² mukmin.*
*Siapakah orang yang sangat bakhil?*
*_Baginda rαѕulullαh ѕαw menjawab ```orang yang sangat bakhil ialah yang malas memberi salam._*```
Salam adalah doa dan memberi salam itu adalah mendoakan org lain.
*Siapakah yang mujahid*
_Baginda saw berkata sesiapa yang terbunuh dan *kudanya berdarah dan turut terbunuh*_
*Bilakah kitab suhuf ibrahim diturunkan?*
_Baginda rαѕulullαh ѕαw berkata *suhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadan*_
Suhuf ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi & rasul-rasul yang mengandungi hukum-hukum dasar.
Ia berbentuk lembaran-lembaran sahaja.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171118

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*uѕtαz fαuzí tαhír*
*fєkαh mαzhαв ѕчαfíє*
*mαѕjíd вαkαr αrαng*
ѕєѕí ѕσαl jαwαв‍♂
*▶Maksud Tabayyun*
Perkataan tabayyun ini diambil dari bahasa Arab. Ia merupakan _fiil amr untuk jamak, dari kata kerja tabayyana, masdarnya at-tabayyun._ Ia mempunyai 3 pengertian yang berdekatan seperti berikut:
*(1)*Menjelaskan sesuatu masalah hingga terbukti perkara yang sebenarnya.
*(2)*Sahkan hakikat sesuatu.
*(3)*Tidak tergesa-gesa dan berhati-hati terhadap sesuatu.
*Tabayyun Di Zaman Moden*
Di zaman moden yang penuh dengan kecanggihan teknologi ini, kita boleh berkomunikasi dengan pelbagai peranti seperti telefon bimbit, tablet, komputer, televisyen, radio dan suratkhabar. Dengan adanya Internet, sesuatu berita yang belum dipastikan kesahihannya telah disebarkan secara meluas melalui _media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan juga aplikasi instant messaging seperti WhatsApp, Telegram, Skype dan sebagainya._
Janganlah kita percaya bulat-bulat dengan apa yang disebarkan sebaliknya kita perlu menyelidiki perkara atau berita yang disebarkan dengan merujuk daripada pelbagai sumber terutamanya sumber yang sahih bagi menentukan kesahihannya.
_Cerita tentang aruah ustaz ishak din dah menjadi viral dua 3 hari ni. Wal hal aruah ѕudαh lama meninggal tєtαpí dílαpurkαn вαru mєnínggαl._
Jadikan cerita² aruah p ramlee sebagai bahan jenaka dgn dikaitkan dgn keadaan sekarang dan diedit jadi cerita lain.
 *Janganlah kita pula menjadi penyebar fitnah lantaran berita yang belum sahih ini.*

▶Zaman yang penuh fitnah ini. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk tatsabbut seperti firmanNya di bawah:
*“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasiq dengan membawa berita, maka periksalah dahulu dengan teliti, agar kalian tidak menuduh suatu kaum dengan kebodohan, lalu kalian menyesal akibat perbuatan yang telah kalian lakukan.”*
(QS. Al Hujurat : 6)
▶Imam Asy Syaukani rahimahullah berkata,
*Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.”*
(Fathul Qadir, 5:65)
*PENGAJARAN*
_Yang harus kita ambil iktibar "buat benda baik, info berguna, sebar dakwah - *berpahala*"._
_路‍♂sebar fitnah, aibkan orang, niat nak jatuhkan orang, reka cerita - *berdosa*_
*(Dua malaikat sedang memerhati dan menulis)*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 180322

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Dato Syeikh Baderuddin bin Haji Ahmad*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Tajzib Atrofil Hadis*

*HIDUPLAH SESUKAMU TAPI INGAT ENGKAU AKAN MATI*

_Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,_

*ﺃَﺗَﺎﻧِﻲ ﺟِﺒْﺮِﻳﻞُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ، ﻓَﻘَﺎﻝَ : ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻋِﺶْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﻴِّﺖٌ، ﻭَﺃَﺣْﺒِﺐْ ﻣَﻦْ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﻔَﺎﺭِﻗُﻪُ، ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﺠْﺰِﻱٌّ ﺑِﻪِ، ﺛُﻢَّ ﻗَﺎﻝَ : ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﺷَﺮَﻑُ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﻗِﻴَﺎﻣُﻪُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻴْﻞِ، ﻭَﻋِﺰُّﻩُ ﺍﺳْﺘِﻐْﻨَﺎﺅُﻩُ ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ*

_Jibril mendatangiku lalu berkata:_
*▪"Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, (tapi ingat) sesungguhnya kamu akan mati.*
*▪Cintailah siapa yang kamu suka, (tapi ingat) sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya.*
*▪Berbuatlah sesukamu, (tapi ingat) sesungguhnya engkau akan diberi balasan."*

_Kemudian Jibril berkata lagi:_

*▪"Wahai Muhammad, kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam).*

*▪Dan keperkasaannya adalah ketidak memerlukannya terhadap manusia."*

(HR. ath-Thabarani)

*📗Huraian hadis*

*(1)* _Hiduplah sesuka hatimu, tetapi ingatlah, bahawa sesunguhnya engkau akan mati._
*(2)* _Cintailah apa saja yang engkau kehendaki, ttapi ingatlah bahawa sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengan apa yang engkau cintai itu._
*(3)* _Berbuatlah apa saja yang engkau kehendaki, tetapi ingatlah, bahawa sesungguhnya engkau pasti akan mendapatkan balasan dari amal perbuatanmu itu._
*(4)* _Kemuliaan seorang mukmin yg menjadikan solat malam itu sebagai amalannya_
*(5)* _Kebesaran seseorang itu terselah bila dia menjadikan Allah sebagai tempat dia mengadu bukan manusia sebagai 'sandaran'nya_
▪renungkan secara lebih mendalam pesan malaikat Jibril tersebut dengan hati yang bersih dan fikiran yang jernih, sehingga dapat membuahkan mantapkan iman, giatkan beramal solih dan tumbuh suburnya akhlak.
▪Pesan yang diucapkan malaikat jibril kepada Nabi Muhamad Saw, termasuk pesan untuk kita semua.
▪Semoga kita senantiasa mendapatkan hidayah dari Allah swt.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

Wednesday, 21 March 2018

CATITAN KAK IJA 171119

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ust Zulkifli Ahmad*
*Sebuah Kehidupan*
_Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang._
*Sesungguhnya aku bukan sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan kamu semua. Cuma nak berkongsi dgn kisah yang aku dengar dalam kuliah yg menyentuh hati*
▶Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan nabi daniel a.s, tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.
▶Burung itu berkata :       
 _"Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini"._
Nabi Musa a.s bertanya : _"Dari siapa?"_
Jawab burung itu :
 _"Dari burung helang yang mahu memakan aku."_
▶Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata
Burung helang berkata :
礪 _"Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."_
Nabi Musa berkata :
 _"Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."_
Jawab burung helang :
礪 _"Daging kambing tidak sesuai bagiku."_
Selanjutnya burung helang itu berkata :
礪 _"Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."_
Jawab Nabi Musa a.s :
 _"Baiklah kalau demikian."_
▶Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.
Melihat yang demikian ini nabi daniel a.s berkata : _"Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"_
▶Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya :
礪 _"Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."_

*Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.*
_Rasulullah s.a.w bersabda bahawa_ *sabar itu ada tiga:*
*(1)* _Sabar terhadap bencana._
*(2)* _Sabar berlaku taat._
*(3)* _Sabar menjauhi perbuatan derhaka._
 *Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.*
 *Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.*
 *Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171120

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Ahmad Husam b Dato Badderudin*
*Al jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq - MABAS*
Daripada  Saiyidina `Ali Ibnu Abi Thalib bahawasanya berkata ia sabda  Rasulullah  صلى الله عليه وسلم  :  *Barangsiapa ziarah akan orang `alim (kuburnya) kemudian membaca ia disisinya akan satu ayat daripada Kitab Allah nescaya memberi akan dia Allah Ta`ala dengan sebilang-bilang langkahnya satu mahligai didalam Syurga dan adalah baginya dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya diatas kuburnya satu mahligai didalam Syurga daripada emas.*
Hikayat daripada Ka`ab Al-Ahbar.
Bahawasanya Allah Ta`ala *hisabkan hambanya maka apabila berat kejahatannya atas kebajikannya, disuruh dia kepada Neraka.*
Apabila dibawa dia kepada Neraka, berfirman Allah Ta`ala kepada Jibril; dapatkan olehmu akan hambaKU itu dan tanyakan akan dia adakah ia duduk pada majlis orang `alim di dunia maka AKU ampunkan  baginya dengan syafa`atnya, bertanya Jibril akan dia mak katanya tiada.
FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia kasih akan orang `alim, maka katanya tiada.
FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia duduk bersama hidangan orang `alim maka katanya tiada.
FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia diam pada kampong orang `alim maka katanya tiada.
FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah muafakat namanya akan nama orang `alim atau nasabnya nasab orang `alim maka katanya tiada.
*FirmanNYA lagi tanya olehmu adakah ia kasih ia akan laki-laki yang kasih ia akan orang `alim katanya ya;*
*_FirmanNYA bagi Jibril, ambil olehmu akan tangannya dan bawa akandia  masuk kedalam Syurga, telah aku ampun baginya dengan sebab demikian itu._*
*Pengajaran yang boleh di rumuskan disini:*
*(1)* Dalam hadis tersebut kisahnya keadaan kita di Masyar.
Betapa kasihnya Allah kepada hambanya walaupun kita banyak dosa, Allah mencari² kebaikan yg kita buat utk masukkan kita d kedalam syurga.
*(2)* Bila kita mencari rumah penginapan sebaik² nya carilah kawasan perumahan yg ada orang² 'alim, ada ustaz². Mudah² syafaat orang² 'alim ni kita dapat tumpang di masyar kelak.. InsyaAllah.
*(3)* Ziarahlah pusara tok² guru kita & orang² 'alim. Ganjaran pahala sangat besar.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171121

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Tuan Guru Siddiq Noor*
*Kitab Hikam*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq - MABAS*
Allah ada dan *dalilnya ada Allah krn alam yg ada tentu ada penciptaNya.* Wajib kita kenal Allah. Mustahil alam yg bersifat baharu ini terjadi dengan sendiri.
*Ilmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin adalah tahapan dalam pendirian seseorang dalam pandangan Musyahadahnya (penyaksiannya) kepada Allah Swt.*
*Ilmul Yakin* keimanan yg paling rendah.
*Ainul Yakin* yg tinggi dan *Haqqul Yakin* paling tinggi. Orang yang memiliki iman *Haqqul Yakin* bila disebut nama Allah akan bergetar hatinya.
*Setiap perbuatan kerana Allah adalah berpahala.* Jadi bila melakukan sesuatu pekerjaan niatkan ianya kerana Allah. Kerja beres pahala pun  dapat.
Setiap ibadah niat kerana Allah. Kata Rasulullah saw siapa yg mati kerana menuntut ilmu (kerana Allah) darjatnya nanti disyurga sama dengan nabi².
Kita beribadah adalah kerana Allah. Kerana kita nak kasih sayang dr Allah. *Sepatutnya bila usia bertambah, ibadah pun bertambah.* Tambahkan ibadah² sunat  kerana umur dah tak panjang. Bila usia bertambah maknanya sisa² umur semakin sedikit.
Allah teramat kasih kepada mereka yg menambahkan amalan² sunat. Terutamanya solat tahjud, solat sunat, solat subat sebelum dan selepas solat fardhu dan juga solat sunat dhuha. Amalan² sunat itu akan membawa kita lebih dekat dengan Allah. Solat² fardhu adalah kewajiban dan solat² sunat adalah tanda kasihnya kita kpd Allah.
Kita jangan jadi manusia yg hidup kerana dunia. Semasa hidup kita buat endah tak endah dgn amalan² wajib dan sunat. Tapi dikala kita nak mati, semasa roh nak keluar dr jasad dan nafas sedang sakaratul maut, masa tu pintu langit akan terbuka dan diperlihatkan segala² nikmat yg kita abaikan dan kederhakaan kita kepada Allah di perlihatkan. Dan gambaran neraka akan jelas didepan mata. Masa tu naK menyesal dah terlambat.
*لَّقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ*
*(Serta dikatakan kepadanya): “Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”.* {50:22}
Sesalan tidak berguna lagi. Umur yg Allah bagi kita sia²kan. Ibadah pun kita main² dan persendakan bila ada yg mengingatkan.
Semasa hidup sepatutnya kita memperbanyakkan apa yg Allah suruh dan meninggalkan apa yg Allah larang.
Kesimpulannya wajib kita beribadah kepada Allah. Istiqamah dgn ibadah yg kita  lakukan dan tambahi ibadah² sunat. Bila kita mencapai kepada Ainul Yakin kita dengan sendiri akan meninggalkan maksiat. Tapi kalau keimanan kita hanya sekadar *ilmul yakin* kemaksiatan menjadi tunggangan kita.
Sesungguhnya orang yang paling cerdik di antara kalian adalah orang yang paling banyak mengingat mati dan Orang yang paling kuat di antara kalian adalah orang yang paling baik mempersiapkan diri untuk mati. Ingatlah! *Di antara tanda-tanda orang berakal adalah dapat menghindar dari tipudaya dan kembali ke jalan yang kekal, mempersiapkan bekal untuk di kubur dan bersiap-siap menghadapi hari Kiamat.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171122

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Halim Nasir*
*Kitab Aulawiyyat*
*Masjid Ar Rahman*
*KUFUR MURTAD*
▶adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi. Untuk jangka masa panjang akan mengakibatkan berbagai² permasalahan.
Pencambahan pemikiran yg diseleweng ini bukan dibawa oleh org² kampung tetapi dr golongan intelektual. Boleh memalingkan kepercayaan umat islam dan menimbulkan keraguan sesama manusia.
mengoncang kebimbangan dalam masyarakat islam.
▶Bahaya golongan ini:
Menganggu ketenteraman iman.
Mengugat pandangan orang lain terhadap islam.
Bila timbul keraguan maka musnahlah akidah. Dan keraguan ini sebahagian dr kufur.
▶Kata Yusuf Qadrawi tentang kemunculan golongan ini:
 Ketenangan iman terhapus. Maka akan timbul konflik dan was². Orang yg  beriman Allah campakkan ketenangan dlm hati.
Kitab Sahih Bukhari:
*عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ*
*Dari Anas, dari Nabi SAW beliau bersabda: “Tiga hal, barangsiapa memilikinya maka ia akan merasakan manisnya iman. (iaitu) (i) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (ii) mencintai seseorang semata-mata krna Allah, dan*
*(ii)benci kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya ia jika dilempar ke dalam api neraka.”*
Golongan ini mengugat keyakinan kita kepada islam. Akan timbul keraguan yang boleh menimbulkan konflik dan permasalahan. Sekiranya pihak pemerintah tidak mengambil jalan keluar maka akan timbullah keraguan yg makin menjadi².
▶Kesimpulan nya keperibadian seseorang kena ada jati diri yg kuat. Seseorang dinyatakan beriman atau menyandang nama iman adalah dengan kalimat yang agung iaitu kalimat tauhid La ilaha illallah. Kalimat ini sebagai akad keimanan.
Akad keimanan ini tidak akan lepas dari diri seseorang kecuali dengan perkara yang betul-betul kuat dan jelas-jelas dapat menggugurkannya, bukan lantaran perkara-perkara yang masih meragukan.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171123

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Imam Haji Wan Abd Rahman*
*Masjid Padang Temusu*
*Kuliah maghrib*
▶Catatan ringkas.
▶Setiap perbuatan bergantung kepada niat. Jika mendapat nikmat Allah bersyukurlah. Jangan ianya menjadi sebab kita mendapat dosa. *Harus di ingat setiap sifat riak dan takbur itu berdosa besar dan sekiranya orang2 yang beriman berperangai demikian, maka lebih awal akan dihumban ke neraka*
▶Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Bahawa ada tiga golongan yang pertama akan masuk neraka. Siapakah mereka?
▶Hadis ini telah diceritakan oleh Sayyidina Abu Hurairah (RA). Pernah dikisahkan seorang tabiin datang bertemu dengan beliau lalu bertanya
▶"Wahai Abu Hurairah, ceritakan kepada ku hadis yang paling kau takuti."
▶Maka, Abu Hurairah RA menceritakan hadis "3 golongan itu". Maka beliau pengsan akibat terlampau takut. Selepas beliau sedar kembali, beliau sambung cerita dan beliau pengsan lagi! Setelah sedar, beliau ceritakan lagi dan pengsan buat ketiga!
*Apakah hadis itu?*
*(Golongan yang pertama)*
 _"Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid.Orang itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut_
 Allah bertanya : _Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?_
 Orang itu menjawab  _"Aku berjuang di jalanMu sehingga terbunuh."_
 Allah berfirman: _"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."_
*Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.*
Penjelasan: Golongan ini telah dicampak ke neraka walaupun dia telah dibunuh di medan perang atas jalan Allah. *Tetapi niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mendapat pujian orang. Dia mahu orang melihat dia sebagai seorang yang berani. Maka Allah azabkan dia. Nauzubillah*
*(Golongan yang Kedua)*
Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah lalu bertanya :
 _"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"_
Dia menjawab : _"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."_
Allah berfirman: _"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim ,dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)"._
 *Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.*
Penjelasan: Juga, golongan yang seperti ni telah dicampak ke neraka. Meskipun dia adalah seorang alim' ulama, telah menghabiskan masanya dalam dakwah dan mengajar ilmu agama. Tetapi bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mencari popularity. Hendak orang memandang dia dengan kehormatan. Maka Allah memberikan dia azab. Nauzubillah
*(Golongan yang Ketiga)*
Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya
Allah bertanya: _"Apakah  yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"_
Dia menjawab : _"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."_
Allah berfirman: _"Engkau berdusta!!Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."_
*Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."*
Penjelasan: Golongan ini telah diazab kerana dia menderma bukan kerana Allah tetapi sebab hendak menunjukkan amalan nya kepada orang lain. Supaya orang memuji dia dan melihat dia sebagai seorang dermawan. Maka Allah berikan dia azab nauzubillah.
(Hadis Riwayat Muslim)
*Pengajaran*
Setiap ibadah lakukan krn Allah. Jangan rasa riak dan taksub dgn ibadah yg kita lakukan.
Jangan tergoda dgn bisikan2 syaitan. Banyakkan beristighfar.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari NerakaNya. *Dan ampunkan dosa kami dan memberikan Syurga Nya.* Tabarakallah.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

CATITAN KAK IJA 171124

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Syukri Ahmad*
*Dosa² Besar*
*Masjid Tuanku Habsah*
_⏳Riba ialah sesuatu yang diharamkan oleh Islam secara mutlak. Namun begitu riba tetap menjadi amalan dalam kalangan masyarakat masa kini. Amalan ini banyak diperaktikkan dalam sistem kewangan kita sekaligus turut mengheret umat Islam di Malaysia terlibat dengan riba yang banyak diamalkan dalam sistem bank-bank konvensional terutamanya. Secara tidak disedari amalan riba ini telah lama dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya apabila membuat sesuatu pinjaman dengan syarikat-syarikat kewangan yang tidak mengamalkan sistem pinjaman secara Islam._
_Rasulullah s.a.w juga mengutuk keras perkara berkaitan riba ini melalui hadis_ Baginda,
Maksudnya *Rasulullah s.a.w mengutuk pemakan riba, pemberi riba, penulis dan saksinya seraya bersabda : “Mereka semua sama.”       (riwayat Muslim)*
_▶Kecuali mereka yang makan riba. Mereka bangkit dari kubur dalam keadaan berjalan terhuyung-hayang dan jatuh tersungkur seakan-akan mereka dirasuk. Ini kerana ketika di dunia mereka kenyangkan perut mereka dengan hasil riba._
_Maka di akhirat, setiap kali golongan pemakan riba ini bangkit berjalan mereka akan jatuh tersungkur akibat perut mereka yang berat. Mereka sedaya upaya mahu berjalan cepat seperti manusia lain tetapi tidak berdaya. Mereka jatuh tersungkur tertinggal di belakang. Demikian ALLAH timpakan atas mereka sebagai satu hukuman dan celaan buat mereka._
_Firman ALLAH SWT yang bermaksud:_ *“Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.”* (Surah Al-Baqarah: 275)
_Abu Said Al-Khudri Radiyallahu ‘Anhu  meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,_ *“Ketika melaksanakan perjalanan Isra’ aku bertemu dengan orang-orang yang perutnya ada di hadapan mereka. Masing-masing perutnya sebesar rumah yang besar. Perut mereka membuat tubuh mereka mering dan tidak blh bergerak. Setiap kali hendak berdiri mereka dipaksa miring oleh perut mereka sendiri. Lalu aku bertanya, ‘Siapakah mereka itu, Jibril?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pemakan harta riba. Mereka tidak dapat berdiri melainkan seperti orang yang senpoyongan kerana kerasukan syaitan."*
_Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam  bersabda,_ *“Pada malam Isra’ aku mendatangi kaum yang perutnya seperti rumah. Di dalamnya terdapat banyak ular yang bbisa dilihat dari luar perut mereka. Lalu aku bertanya, ‘Siapakah mereka itu, Jibril?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pemakan harta riba.’” (Al-Musnad, 2/363 dan Ibnu Majah, 2273)*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══