Pages

Wednesday 21 March 2018

CATITAN KAK IJA 171124

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Syukri Ahmad*
*Dosa² Besar*
*Masjid Tuanku Habsah*
_⏳Riba ialah sesuatu yang diharamkan oleh Islam secara mutlak. Namun begitu riba tetap menjadi amalan dalam kalangan masyarakat masa kini. Amalan ini banyak diperaktikkan dalam sistem kewangan kita sekaligus turut mengheret umat Islam di Malaysia terlibat dengan riba yang banyak diamalkan dalam sistem bank-bank konvensional terutamanya. Secara tidak disedari amalan riba ini telah lama dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya apabila membuat sesuatu pinjaman dengan syarikat-syarikat kewangan yang tidak mengamalkan sistem pinjaman secara Islam._
_Rasulullah s.a.w juga mengutuk keras perkara berkaitan riba ini melalui hadis_ Baginda,
Maksudnya *Rasulullah s.a.w mengutuk pemakan riba, pemberi riba, penulis dan saksinya seraya bersabda : “Mereka semua sama.”       (riwayat Muslim)*
_▶Kecuali mereka yang makan riba. Mereka bangkit dari kubur dalam keadaan berjalan terhuyung-hayang dan jatuh tersungkur seakan-akan mereka dirasuk. Ini kerana ketika di dunia mereka kenyangkan perut mereka dengan hasil riba._
_Maka di akhirat, setiap kali golongan pemakan riba ini bangkit berjalan mereka akan jatuh tersungkur akibat perut mereka yang berat. Mereka sedaya upaya mahu berjalan cepat seperti manusia lain tetapi tidak berdaya. Mereka jatuh tersungkur tertinggal di belakang. Demikian ALLAH timpakan atas mereka sebagai satu hukuman dan celaan buat mereka._
_Firman ALLAH SWT yang bermaksud:_ *“Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.”* (Surah Al-Baqarah: 275)
_Abu Said Al-Khudri Radiyallahu ‘Anhu  meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,_ *“Ketika melaksanakan perjalanan Isra’ aku bertemu dengan orang-orang yang perutnya ada di hadapan mereka. Masing-masing perutnya sebesar rumah yang besar. Perut mereka membuat tubuh mereka mering dan tidak blh bergerak. Setiap kali hendak berdiri mereka dipaksa miring oleh perut mereka sendiri. Lalu aku bertanya, ‘Siapakah mereka itu, Jibril?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pemakan harta riba. Mereka tidak dapat berdiri melainkan seperti orang yang senpoyongan kerana kerasukan syaitan."*
_Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam  bersabda,_ *“Pada malam Isra’ aku mendatangi kaum yang perutnya seperti rumah. Di dalamnya terdapat banyak ular yang bbisa dilihat dari luar perut mereka. Lalu aku bertanya, ‘Siapakah mereka itu, Jibril?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pemakan harta riba.’” (Al-Musnad, 2/363 dan Ibnu Majah, 2273)*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment