Pages

Wednesday 21 March 2018

CATITAN KAK IJA 171119

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ust Zulkifli Ahmad*
*Sebuah Kehidupan*
_Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang._
*Sesungguhnya aku bukan sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan kamu semua. Cuma nak berkongsi dgn kisah yang aku dengar dalam kuliah yg menyentuh hati*
▶Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan nabi daniel a.s, tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.
▶Burung itu berkata :       
 _"Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini"._
Nabi Musa a.s bertanya : _"Dari siapa?"_
Jawab burung itu :
 _"Dari burung helang yang mahu memakan aku."_
▶Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata
Burung helang berkata :
礪 _"Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."_
Nabi Musa berkata :
 _"Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."_
Jawab burung helang :
礪 _"Daging kambing tidak sesuai bagiku."_
Selanjutnya burung helang itu berkata :
礪 _"Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."_
Jawab Nabi Musa a.s :
 _"Baiklah kalau demikian."_
▶Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.
Melihat yang demikian ini nabi daniel a.s berkata : _"Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"_
▶Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya :
礪 _"Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."_

*Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.*
_Rasulullah s.a.w bersabda bahawa_ *sabar itu ada tiga:*
*(1)* _Sabar terhadap bencana._
*(2)* _Sabar berlaku taat._
*(3)* _Sabar menjauhi perbuatan derhaka._
 *Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.*
 *Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.*
 *Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment