Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Apabila kita mengetahui bahawasanya Allah SWT mengharamkan syurga bagi
mereka yang kufur terhadapnya maka dari itu kita tahu bahawa
sebesar-besar nikmat ialah nikmat Al Islam. Nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan apabila Allah menginginkan
bagi hambaNya kebaikan maka dia dimatikan dalam beragama Islam dan Nabi
kita pernah berdoa "Wahai Yang menetapkan hati, tetapkanlah hatiku
diatas agamaMu" dan Nabi SAW telahpun memberitahu bahawa antara
tanda-tanda fitnah akhir zaman, orang yang malamnya muslim dan paginya
kafir atau paginya dia kafir dan petangnya dia beriman dan hari ini kita
lihat disekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan berbentuk
syubahat (penipuan dan perkara yang meragukan) dan yang berbentuk
syahwat (yang membangkitkan nafsu). Tidak syak lagi bahawa ini semua
dapat menyebabkan seseorang itu berpaling dari agamanya. Tetapi Allah
Yang Maha Tinggi apabila mencintai seseorang hamba, maka akan diwafatkan
dia didalam Islam. Setiap perkara yang ditarik dari kita pasti ada
gantinya (daripada Allah) kecuali agama maka tiada gantinya. Dan apabila
Allah mencintaimu maka dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam.
Supaya engkau mati di dalam Islam, jadikanlah hatimu gembira tatkala
engkau menyembah Allah. Setengah orang apabila melakukan perkara mubah
atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis
keramaian dia merasa gembira kerana menghadirinya. Kita tidak ingin
membicara tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil
faedah dari "kegembiraan" ini. Bagaimana engkau tahu bahawa engkau tetap
diatas Islam ialah apabila engkau mentaati Allah, janganlah dilakukan
sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya tapi lakukan
sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Allah tidak
dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila
engkau melakukan maksiat. Mati didalam keadaan Islam dalam apa jua
keadaan jauh lebih baik dari mati didalam kekufuran. Sebagaimana
disebutkan didalam doa para solihin, "Ya Allah, sesungguhNya aku
mencintaiMu, walaupun aku bermaksiat kepadaMu", Dan seorang sahabat yang
mulia, Amru ibn Al-Ash, tatkala hampir waktu kewafatannya berkata "Ya
Allah, aku bukanlah seorang yang lepas dari dosa, maka aku memohon
pengampunan, dan bukanlah aku orang yang kuat dalam beribadah, maka aku
memohon pertolongan dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah." Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat
subuh berjemaah setelah engkau keluar dari masjid, hadirkanlah perasaan
gembira bahawa Allah dengan rahmatNya telah membangunkan kamu dari
tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri dihadapanNya dan membawa
engkau bergerak menuju ke rumahNya. Inilah yang kita harapkan. Mereka
yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka, mereka ditetapkan dan
dimatikan di atas agama dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi
seorang hamba selain kegembiraannya terhadap Islam dan sebagaimana
semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada
Allah kerana menjadikannya seorang Muslim. Kita semua dengan rahmat
Allah dilahirkan sebagai Muslim, yakni Allah memberi kita Islam tanpa
kita memintanya maka semoga Allah SWT mengurniakan kita syurga tatkala
kita memintanya....
Segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
When we know that Allah forbid paradise for those who reject Him then
from that we know that the greatest blessing is the blessing of Al
Islam. The greatest blessing is the blessing of Islam and when Allah
wishes good for His slave, he will die as a Muslim.The Prophet SAW
supplicated, "O that set the heart, set my heart on thy religion". The
Prophet has said that among the signs of the end of time, those who are
believers at night but disbelievers in the morning or an disbeliever in
the morning but a believer in the evening. Today we see around us many
things that have elements of syubahat (fraud and questionable) and
elements of lust (which evoke passion). There is no doubt that this
could cause a person to turn away from Islam. But when Allah Most High
loves a slave, he will be caused to die in Islam. Every thing that you
lose definitely will be replaced (by Allah) except religion, there is no
substitute. And when Allah loves you then He will cause you to die in
Islam. So that you die in Islam, be happy when you worship Allah. Some
people, when doing the mubah or makruh things like attending
competitions or social functions, they feel delighted to attend. We do
not want to talk about certain people, but we want to focus on that
"delight". To know whether you are still with Islam is that when you
worhip Allah, do not do so solely to complete it, but do it to draw
closer to Allah. Allah is not affected by our defiance but instead we
will suffer when we do evil. To die in Islam in anyway is much better
than dying as a disbeliever. As mentioned in the prayers of the Solihin,
"O Allah, I love you, although I disobeyed Thee". And a noble
Companion of the Prophet, 'Amr ibn al-Ash, when at his deathbed said," O
Allah, I am not immune from sins, then I seek forgiveness, and I am not
a strong in worship, then I ask for help and no there is no help and
strength except with Allah's help". When Allah has caused you to do the
Fajr prayer in congregation, after you came out of the mosque, be
grateful that Allah with His Mercy have woken you from your bed and
caused you to stand before Him and brought you to His House. This is
what we expect. Those who, when Allah wants good for them, then they die
in Islam and there is no greater joy for His slave than the joy of
Islam and as we must know that we as His slaves must be thankful to
Allah for making us Muslims. By the Grace of Allah, we were born as
Muslims. Allah gave us Islam without us asking, so may Allah grant us
Paradise when we requested it. ...
Praise be to Allah for all the favors.
No comments:
Post a Comment