Alhamdulillah.
Musim cuti sekolah ni banyaklah
majlis walimah. Ramailah pasangan menghalal hubungan mereka untuk
mendirikan masjid. Namun disebalik kegembiraan maila kita sama2 lihat
dan muhasabah. Majlis walimah yg terbaik ialah yg ikut sunnah. Yg
mengundang barakah Allah. Elakanlah dari terlalai dlm persiapan walimah
dgn melanggar syariat - bergaul lelaki perempuan yg walaupun kita nampak
mcm innocent tp setan senyum, aurat yg
tak terjaga, solat yg tak diutamakan, membazir, pilih kasih, tabarruj,
ujub etc yg mana mengundang kemurkaan Allah.
Menjadi kelaziman kita
ucapkan kpd pengantin semoga bahagia berkekalan ke akhir hayat. Tapi
kita lupa hidup kita bukan tamat bila akhir hayat malah penghidupan yg
sebenarnya akan bermula selepas itu. Hidup didunia sementara saja.
Ucapan pengantin yg begitu asal usul dari barat, ucapan yg sekular. Yg
afdhalnya ialah mengikut sunnah.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW
mendoakan seseorang yg menikah, baginda bersabda "Semuga Allah
memberkati kamu dan menetapkan berkat atas kamu serta mengumpulkan
engkau berdua dalam kebaikan". Hadith shahih riwayat Tirmizhi.
Barakallahu lakuma wabarakah wajama'a bainakuma fi khair.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment