Khutbah Jumaat Masjid BPJ
Khutbah Jumaat harini cukup power. Khatib Ustaz Amir Nasron, cukup berwibawa dgn penampilan yg sederhana ttp penyampaian yg cukup jelas, emotif, berisi dan meyakinkan.
Tajuknya berkenaan dgn masa. Allah bersumpah dgn masa dlm suratul Asr bahawasanya kita semua kerugian kecuali yg beriman, yg beramal soleh, yg menerang tentang kebenaran amar maaruf nahi munkar dan yg berpesan dgn kesabaran yakni yg bertoleransi antara satu sama lain.
Kita semua ini ibarat satu titik yg dibuat oleh sebtg pen. Apabila digerakkan pen maka terhasil satu garisan selama mana pen bergerak. Sedang duduk dengar khutbah, kita bergerak. Dok baca tulisan ini pun kita bergerak, meninggalkan masa silam yg semakin jauh. Masa itu umur dan umur ialah masa. Semakin masa berjalan, semakin pendek umur kita. Imam Ghazali kata yg paling jauh dari kita ialah masa yg silam. Semakin hampir kita dgn mati. Mau patut kita kira umur secara terbalik. Dari dok tanya berapa tahun umur, jom kita tanya, baki umur berapa? Baru terkedu!
Yg beriman dan mendapat redha Allah akan beruntung masuk syurga. Yg munkar akan dihumban ke neraka. Lalu mereka menyeru kepada Allah, 'Ya Rabbi!' nak minta second chance. Allah kata 'no way'. Dulu masa hampa kat dunia, Aku seru hampa berkali2 'Ya ayuhannas'. Wahai manusia! Wahai mukminun! Mai sembahlah Allah. Tapi hampa buat tak tahu! La hampa amik habuan hampa dok rasa siksa pedihnya api neraka jahanam!
Walaupun ada tujuh hari dlm seminggu tp hanya ada 5 hari sahaja yg mustahak dlm hidup kita.
1) al yaumul mafqud - hari yg dah berlalu. Apakah diisikan dgn perkara2 yg baik atau hanya diisikan dgn perkara2 munkar?
2) al yaumul masyhud - hari sekarang. Apakah diisikan amalan2 yg baik
atau sekadar utk enjoy berseronok2 melayan nafsu melupakan Sang
Pencipta?
3) al yaumul maurud - hari esok. Apakah kita akan masih hidup sihat atau dilawati malaikatul maut?
4) al yaumul mau'ud - hari terakhir kita hidup atau hari kematian kita.
Yg menjadi misteri bila harinya tapi ianya pasti datang. Sure punya.
5) al yaumul mamdud - hari yg tiada akhir, hari akhirat. Hari esok yg
merupakan halatuju hidup kita. Syurga ka neraka. Nikmat yg tak terbayang
atau azab yg tak terhingga.
Semuanya bergantung kpd hari ini, al yaumul masyud, samada dipenuhi dgn ketaatan atau kederhakaan kepada Yang Empunya alam ini, Allah Azza wa Jalla.
Semuanya bergantung kpd hari ini, al yaumul masyud, samada dipenuhi dgn ketaatan atau kederhakaan kepada Yang Empunya alam ini, Allah Azza wa Jalla.
Semuga Allah menunjukkan kita jalan yg benar, menerima amalan kita,
meredhai kita, mengampunkan kita dan mematikan kita dlm iman. Amin.
No comments:
Post a Comment