Pages

Wednesday, 21 March 2018

CATITAN KAK IJA 171126

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Amri Mohd Nasrun*
*Tuhan Memanggilku*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq - MABAS*
_...sambungan bulan lepas_
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا ۖ وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا*
_Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). {4:19}_
 _Allah sangat menghargai wanita dan menjaga hak-hak mereka dengan baik. Salah satu buktinya adalah Allah menghapuskan tradisi jahiliyah yang dilakukan oleh orang-orang Arab. Tradisi tersebut adalah menjadikan wanita seperti barang yang dapat diwariskan apabila suaminya meninggal. Anak suami (bukan dari wanita yang dicerai) atau kerabatnya mempunyai hak penuh atas wanita yang ditinggal mati._
 _Dalam tradisi jahiliyah ada macam² perlakuan anak suami atau kerabatnya kepada wanita yang menjadi isteri si mati, iaitu:_
*(1)*     Dinikahi tanpa mahar krn dia sudah dianggap seperti harta yang turun kepada ahli waris.
*(2)*      Dinikahkan dengan orang lain tapi maharnya diminta sebagai harta warisan.
*(3)*      Tidak diperbolehkan menikah sampai dia mahu mengganti dengan harta warisan yang didapatkan dari bapanya.
*(4)*   Tidak diperbolehkan menikah dengan siapa pun sampai mati lalu harta wanita tersebut jadi milik mereka.
 _Perbuatan di atas adalah perbuatan yang sangat jahat dan zalim. Maka Allah_ _menurunkan ayat ini untuk menghapus tradisi tersebut. *Islam datang membawa keadilan bagi manusia.* Wanita juga manusia seperti laki-laki. Tak sepantasnya laki-laki semena-mena terhadap wanita._
*Orang yang mengaku beriman tidak akan mungkin melakukan kezaliman seperti di atas.*
 _Sebagai seorang suami, jangan selalu menuntut hak untuk dibaiki terus tetapi melupakan kewajiban kepada isteri. Tidak hanya isteri yang dituntut untuk melayani suami tetapi juga suami berkewajiban untuk melayani isteri, berpenampilan baik di hadapan mereka, dll._ _*Baik isteri maupun suami harus blh saling menjaga hati pasangannya,* dengan cara masing-masing harus berpenampilan baik, *supaya tidak melihat kepada orang lain.*_
 _Bila kita menginginkan isteri yang solehah, hendaknya kita pun berusaha untuk menjadi peribadi yang soleh. Kerana Allah telah menegaskan: *(perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik) (Qs: An-Nuur:26).*_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment