Pages

Monday, 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180312

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Hazli Ismail*
*🕌Masjid Padang Tembusu*
*📚Risalah _Li zawi Al Afkar_*

*▶BICARAAN UMUR YANG KEDUA◀*
_sambungan bulan lepas_

1⃣Masuk kepada fasa yang ke 2, umur didunia bayi yg dilahirkan akan diazankan oleh *si bapa* ditelinga kanan dan iqamah ditelinga kiri supaya syaitan akan lari bila mendengar azan.
2⃣Bila lahir ke dunia, syaitan akan main peranannya, akan menganggu dan sebab itulah bayi tadi  menangis. Lantas sibapa akan mengazankan. *Bayi yang tidak diganggu oleh syaitan hanya mariam dan anakda nya nabi isa as,*
3⃣Bayi yg lahir dlm keadaan fitrah, bersih dan dlm islam. Ibu dan bapa yg akan mencorakkannya menjadi *majusi atau nasrani.*

*كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ*
“Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”
Anak yang putih bersih akan mengikut agama ibubapanya. Jika si bapa seorang yg solat dan kenal agama maka anak² akan turut solat.
4⃣Islam memerintahkan *mengajar anak solat dr umur 7 tahun.* Semasa usia ni sekiranya si anak melakukan kebaikan, ibubapa lah yg akan mendapat pahalanya. Dan sekiranya anak tadi tidak solat, anak dan ibu bapa tadi tidak berdosa.
5⃣Pukul jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh  tahun.
Konsep balasan kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak. Sehubungan dengan itu, kita harus mendenda anak sekiranya mereka cuai atau melakukan kesalahan. *Berdasarkan ini, Islam mengharuskan kita memukul atau merotan anak sekiranya mereka meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun.*
Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Kena mula tegas dalam mengajar anak.
Memisahkan tempat tidur mereka.
Anak-anak yang berumur sepuluh tahun wajib disediakan tempat tidur yang berasingan antara adik beradik lelaki dengan perempuan. *Ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang adab-adab pergulan dan batasan aurat.*
Pastikan mereka melakukan:
▪puasa
▪membaca al quran
▪solat dll.
6⃣Kena pantau sahabat² mereka. *Kerana lumrah manusia lebih suka ikut yang jahat dari yang baik.* Begitu jugalah kita yang dewasa, kadang² lebih suka berkawan yg membawa kemungkaran dr sahabat yang membawa kebaikan.
7⃣Setelah _mukallaf_ yakni diberatkan dia akan dirinya sendiri. Segala perbuatan tertanggung olehnya bila sudah baligh. *Apa yang dia cakap walaupun hanya sepatah yang menyakitkan akan dicatat oleh malaikat raqib Atid* dan sekira ada kebaikan pun akan dicatat.
8⃣Kedua malaikat ini tidak tidur. Segala perbuatan yg tersembunyi oleh manusia akan tercatat oleh kedua malaikat ini.
9⃣Sejak akil baligh hingga mati, raqib dan atid akan menulis setiap perbuatan kita didunia yg baik dan yang buruk samada apa yang kita kata pada orang, maki hamun orang, buat kebaikan dan segala perbuatan tidak ada yg tertinggal sedikit pun.
9⃣Malaikat² ini akan membaca setiap perbuatan amalan masa di dunia dan manusia tidak akan menjadi saksi pun pada buku amalan itu. Buat benda yg paling kecil jahatnya atau paling kecil kebaikannya semuanya akan dipersembahkan pada Allah.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment