Pages

Monday, 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180216

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Abdullah Khairi*
*🕌Masjid  Andalusia Laguna Merbok*

*Fadhilat Bersedekah*

*☪الم* 

Alif, Laam, Miim. {2:1}

*☪ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ*

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.{2:2}

*☪الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ*

*Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. {2:3}*

▶Menginfakkan sebagian harta yang kita miliki merupakan sebuah amanah yang diamanahkan Allah kepada kita atas rezeki pemberian Allah yang dititipkan kepada kita. Kalau kita buka dan baca ayat-ayat suci al-Quran, pembaca akan bertemu banyak ayat al-Quran yang menyuruh kita berinfak.

▶Allah sampai mengulang-ulang di berbagai tempat. Hal ini mengingat manusia pada umumnya kikir dan sayang kepada harta yang ada di tangannya, sehingga untuk mengetuk dan menggugah kesedaran dan keikhlasan Allah mengingatkan berulang-ulang dalam FirmanNya.

▶Ciri orang mukmin mahu menginfaqkan sebagian rezeki yang dikurniakan.
Jangan rasa apa yang kita ada itu milik kita. Apa yang kita infak itu sebenarnya milik kita.

▶Ada yang sakit, bersedekahlah. Dengan sedekah itu dengan ikhlas yang sakit akan sembuh. Kena buat dgn ikhlas dan kita akan melihat fadhilatnya.

▶Kita ni kadang² solat tak kusyuk. Tapi bila bersedekah  dgn solat tak kusyuk Allah terima sebab sedekah kita tadi dan pahala itu milik kita. Bila kita tolong Allah, Allah akan tolong kita. Hebatnya bersedekah, bagi sikit tanda ingat, bagi banyak tanda kita ada.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment