Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180116

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Tuan Guru Siddiq Nor*
*Masjid Abu Bakar As*
     *Siddiq*
*Kitab Hikam*
☪Seseorang yang sedang *berjalan menuju kepada Allah (salik)*, hendaknya tekun beribadah dan mengabdi kepadaNya.  *Hanya kenderaan ibadahnya itulah mereka akan sampai kepada Allah (wasil)*. Dan golongan wasil inilah golongan yang telah *mencapai tingkat tertinggi yang disebut dengan golongan Haqqul Yaqin.*
☪Dengan tingkatan yang sudah mencapai Haqqul Yaqin itulah golongan wasil dapat memahami tentang (rahsia²) ketuhanan dengan menggunakan mata hatinya tanpa melihat benda-benda wujud yang biasanya dilihat dengan menggunakan mata kepala.
☪Adapun orang yang dalam hatinya tidak mempunyai keinginan sedikitpun untuk menuju kepada Allah, maka mereka itulah yang disebut sebagai golongan orang yang belum sempurna akalnya. Mereka mengguna mata kepala sahaja.
*☪Matahati jadi kelabu krn dosa².* Jadi kenalah bertaubat utk bersihkan hati. *Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yg bertaubat.* Perbanyakkan ibadah sunnat krn dgn ibadah² sunnat itu mendekatkan lagi dengan Allah.
☪Apapun pekerjaan kita, kena berpaksikan kpd amalan akhirat. Menambahkan pahala utk saham akhirat. *Kita ambil dunia hanyalah utk beribadah.*
☪ *Matahati  akan mendekatkan kita dengan alam akhirat* (menggunakan akal yang bijak). Tetapi *matakepalahanya sayang kepada dunia* dan hidup berpaksi kepada keduniaan (sayang kepada dunia dan makin jauh dengan akhirat).
☪Orang yang hampir dengan Allah dia akan buat utk keuntungan akhirat.
*Tanda nur masuk hati ialah:*
*(1)* memalingkan muka dari dunia.
*(2)* menghadapkan diri dan hati pada akhirat krn ianya kekal abadi.
*(3)* membuat persiapan untuk mati
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment