Pages

Monday, 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180204

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Nahar Afandi Al Ghazali*
*🕌Masjid Pengkalan Lebai Man*
*📚Jemputan*

*MUQADDIMAH*
☪Kebaikan keluarga akan berpengaruh kepada kebaikan masyarakat, dan kebaikan masyarakat akan berpengaruh kepada kebaikan negara. Oleh krn itulah agama Islam banyak memberikan perhatian masalah perbaikan keluarga. Di antara perhatian Islam adalah bahwa seorang laki-laki, yang merupakan kepala rumah tangga, harus menjaga diri dan keluarganya dari segala perkara yang akan menghantarkan menuju neraka.

☪Makanlah dari rezeki yang baik-baik sebagai tanda syukur pada nikmat dari Allah swt. Menjaga pemakanan bermakna kita juga menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah swt. Ini juga menjadi sebahagian ibadah sebagai hamba Allah, salah satu cara hidup dalam Islam. Rezeki yang baik-baik pula semestinya halal kerana setiap yang haram dan dilarang oleh Allah swt dan RasulNya adalah memudaratkan manusia.

*Harta terbahagi kepada 3*

*(1)* Bila kamu hidup krn dunia, cari harta dari pagi hingga malam dan makanan yg dimakan semua menjadi najis. Kerana najis itu yg ada dlm diri seseorg akan buat jd malas nk beribadah. Bermula dari hal kesucian buang air kecil hgg buang air besar. Salah caranya akan membuat ibadah jadi tidak sah.

*(2)* Harta yg berupa wang simpanan. Harta yg ada kalau asyik menghimpun sahaja tanpa diinfakkan maka akan sia² harta itu sekiranya tidak diguna ke jalan Allah. Bila meninggal sahaja mulalah dibedak² dlm ahli keluarga. Kalau yg ditinggalkan itu isteri dan anak² yg soleh dan solehah, tahulah mereka menginfakkan ke jalan Allah. Kalau tidak tinggallah si jenazah td didalam kubur dgn penuh siksaan dan tidak dipedulikan lagi.
▪manusia sifatnya mengejar dunia sedangkan malaikat maut mengejar manusia utk mencabut nyawa.
▪Sewaktu hidup kena rajin bersedekah, akan bermaknalah *harta yg dicari dari pagi yg gelap hingga ke malam yg gelap.* Sekiranya bakhlil, akan sia² lah pencarian harta itu.

*(3)* Harta yg banyak kalau diinfak kejalan Allah, kubur akan terang benderang.
▪Orang yg kedekut semasa didunia, bila dah mati merintih minta dihidupkan kembali sebab nak berinfak.

*Dalam rumah mesti ada ini kata rasulullah saw*
_1⃣mesti ada madu dan jadikan amalan meminum madu_
_2⃣mesti ada buah kurma dan memakannya setiap hari tidak lebih dr 7 biji._
_3⃣mesti ada air zam². Dan jadikan penawar segala penyakit dgn meminumnya._
_4⃣mesti ada minyak wangi kasturi krn syaitan tidak suka bau wangian kasturi._

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment