Ceramah motivasi oleh Dr Syukri @ Masjid Tunku Sallehuddin BPJ
حيا على الفلح..حيا على الفلح.
Haiya ala falah.....mari menuju kejayaan
- Kita diajak untuk berjaya 15 kali/hari di dalam azan dan iqamah.
- Yang diminta ialah usaha, hasil serah kpd Allah SWT
- Kejayaan bukan milik org tertentu ttp semua lapisan masyarakat boleh menempah kejayaan
- eg, Nik Madihah, Suhazli Muhammad. Asal keluarga biasa, tapi kejayaan luarbiasa
- Surah Al-Inshirah, 5: فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
- Surah Al-Inshirah, 6: إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
- racun paling berbisa ialah MALAS. Penawarnya ialah RAJIN.
- tidak ada shortcut dlm kehidupan...anak2 tak baca buku, tgk TV, kelebek handfon..makpak buat tak tau..letih2 😊
- hanya mengharapkan doa, air penawar, pil otak cerdik, kismis, baca yasin. Tapi tidak ada usaha utk nak studi, kaji, tadabbur pelajaran.
- Ibubapa selalu bertanya anak2 nak jadi apa tanpa ada pengurusan dan pedoman.
- Perlu bantu anak2 utk ada halatuju, wawasan, angan2 dan cita-cita dunia & akhirat.
- Tips utk ibubapa:
> Sembang dgn anak2 utk fikir masa depan
> Bantu pilih kawan yg baik
> Lawat tmpt2 yg mencetus wawasan
> Luaskan bacaan2 ilmiah
> Hadkan hiburan yg melalaikan
> Bawa jumpa professional2 dlm bidang yg digemari
- Perlu boleh bezakan KEPERLUAN vs KEMAHUAN
- Di samping keperluan2 sekolah, sediakan TEMPAT, MASA dan SUASANA utk belajar
- KEMAHUAN2 yang menjejaskan seorang pelajar:
> HANFON - yg canggih sgt membuang masa bukan saja anak2 tp makpak juga. Hilang fokus kpd matlamat hidup. Mudah cari geng. Mudah utk berkapel. Akhirnya, tgk BAHAN LUCAH. Aplikasi yg paling bahaya - WECHAT. Adakah ibubapa yang tidak menyesal setelah beri hanfon pada anak2?
> TV - Malaysia punya TV hiburan paling ligat di dunia. Pencuri MASA. MINAT. TENAGA. AKHLAK.
> GAME - Jgn beli Playstation. Jgn bg p CYBERCAFE. Sgt merugikan masa.
> BASIKAL LAJAK - menjadi trend kpd anak2 remaja kerana BAHAYA. Ditakuti menjurus kpd MEREMPIT.
> MOTOSIKAL- Nk bg motosikal 6 syarat:
+ pinjam
+ lesen,cukai jalan,topi,
+ utk studi sahaja
+ yg lain kena izin ibubapa
+ result pelajaran mesti improve
+ ada trouble,ambil balik.
> LEPAK dgn kawan - Hadkan
> COUPLE - Langsung tak dibolehkan. HARAM.
- Adakan peraturan2 dirumah:
> minima 2 jam studi
> TV tak boleh tgk
> handfon tak boleh masa studi
> handfon tak boleh masa nak tidur
- Sarapan MESTI.
- KELUAR MASUK RUMAH mesti minta izin.
- JIKA ANDA TAK PERNAH DIBENCI OLEH ANAK ANDA, ANDA SEBENARNYA BELUM PERNAH JADI IBUBAPA - Bette Davis
Tindakan susulan utk ibubapa:
- cari masa dgn anak2. Pi tempat2 luar bandar, bukan shopping kompleks etc.
- kena bagi masa bersama anak2. Paling2 kurang ibu atau bapa. Terbaik kedua-dua sekali.
Jadi buatlah keputusan. LAKUKAN SEKARANG.
ILMU TANPA AMAL, ITU SOMBONG.
Wallahua'lam bissawab.
No comments:
Post a Comment