*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Tuan Guru Ust Siddiq Noor*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Minhajul Abidin*
*A’qabatut Taubah (Peringkat Taubat).*
*👉🏼Peringkat ini seseorang wajiblah membersihkan dirinya dari dosa zahir dan batin. Taubat diwajibkan agar :*
_í. Kita mendapat keringanan dalam beribadah dan tiada kegusaran dan keresahan dalm hidup._
_íí. Ibadah kita diterima Allah SWT._
*👉🏼Syarat taubat atas dosa kepada Allah SWT ada 3 :*
_1. Menyesal atas dosa_
_2. Meninggalkan perkara yang mengundang dosa_
_3. Berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan yang mengundang dosa_
*👉🏼Syarat taubat atas dosa sesama manusia ada:*
▪Menyesal atas dosa
▪Meninggalkan perkara yang mengundang dosa
▪Berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan yang mengundang dosa
▪Memohon maaf dan kifarah kepada orang yang dilakukan dosa
*👉🏼Sebab kena bertaubat*
▪Takut hati keras & tak mahu menyesal.
▪Kalau hati keras, kita susah nak terima kebenaran dr Allah.
▪Bila hati keras, air mata penyesalan pun tak mahu keluar.
▪Bila hati keras nak bangun solat malam, berdoa, berzikir pun malas.
▪Nak berpuasa sunat pun jadi satu bebanan.
▪Kata ulamak, hati keras itu sebab banyak dosa penuh titik² hitam dihati💔.
▪Bila hati hitam, buat dosa tak rasa bersalah malah rasa bangga dan riak.
▪Umur sudah melangkah senja tapi masih seronok dgn dunia muda dan tak boleh nak sebut tua atau mati, rasa masih jauh lagi agaknya🤔
▪Kata imam ghazali bila hati telah mati rasa tak terkejut dengan maksiat dan seronok dengan dunia yang penuh hiburan dan fitnah.
▪Buat dosa tak terasa takut.
▪Tinggal ibadah wajib tak terasa suatu kerugian malah bangga.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment