Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180313

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Zawawi Ibrahim*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Tanbihul Ghafilin*
_(sambungan hadis bulan lepas)_

▶Di antara doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasulullah ﷺ adalah dengan membaca doa berikut yang bermaksud:
*minta berlindung dari fitnah ketika hidup dan fitnah ketika mati.*
_(ѕєвαhαgíαn dr hαdíѕ)_

▪berdoalah semoga kita terhindar dari sifat² yang boleh membawa kita fitnah kehidupan dgn
- bab harta benda
- bab anak pinak

*إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ*
*Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. {64:15}*
▪Kita menjadi renggang hubungan dengan Allah kerana harta benda. Kita bersusah kumpul harta bekerja siang dan malam tetapi kita gagal bila masuk bab nak berinfak dan bersedekah.
*▪Orang² yang berjaya berinfak dan bersedekah adalah mereka yang berjaya dr fitnah ketika hidup.*
▪Bila banyak kita kumpul harta kita jadi sayang nak berinfak. Kalau wang beribu² dalam ac bank tak kan buh rm1, rm5 atau rm10  dalam tabung masjid🤔.
▪Kita tidak sampai lagi menjadi  spt  para  sahabat dlm bab berinfak.
*💰Para sahabat semua kaya raya dan mereka berinfak dengan apa yang mereka sayang.*
*🤨Kita pun ramai yang kaya raya tetapi kita berinfak dengan apa yang  terlebih.*

▶Orang yang sudah meninggal  tidak meminta waktu untuk umrah atau untuk melakukan amalan lainnya. Yang ia minta hanyalah waktu untuk bersedekah bila dapat dihidupkan kembali.
🌹 Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.
*“Sedekah dengan sembunyi sembunyi memadamkan kemurkaan Allah.” HR Thabrani*
🌹 Sedekah adalah sebaik-baik hadiah untuk orang yang sudah meninggal, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (krn bersedekah).
🌹 Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
🌹 Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi sumber rezeki dan kemenangan
*“Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.” HR Al-Baihaqi*

▶Semua amalan anak adam akan digandakan:
▪10 x ganda : solat sunat, membaca al quran, berzikir.
▪Allah gandakan 700 x ganda : bersedekah dan berinfak
Inilah ibadah yang nampak senang nak buat tapi payah nak lakukan.
Semoga Allah menjadikn kita orang² yang suka berinfak dan bersedekah. Apa yang kita sedekah itulah yang akan menemani kita di dalam kubur.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment