*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Dato' Taib Azamuddin*
*🕌Masjid Qariah Taman Keladi*
*📚Tafsir ayat 64 surah Ali 'Imran*
▶
*قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ*
*Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. {3:64}*
*▶Huraian ayat*
*(1)* Ajak mereka kepada kalimah akidah yang sama. Kerana sebenarnya akidah kita sepatutnya sama sahaja dengan mereka. Walaupun bangsa Arab dari keturunan Nabi Ismail dan mereka dari keturunan Nabi Ishak, tapi akidah Nabi-Nabi mereka dan Nabi Muhammad sama sahaja. Kalau dilihat dalam ajaran Nabi mereka dan dalam kitab-kitab suci mereka, pun ada perkara yang sama dalam hal akidah. Allah telah beritahu baginda bahawa ada persamaan dalam hal akidah antara kita dan mereka. Dan alhamdulillah, ulama-ulama kita yang mengkaji kitab-kitab suci mereka, walaupun yang ada sekarang, masih ada lagi lafaz-lafaz ajaran tauhid di dalamnya. Cuma kitab² mereka yg diubah suai memang bercanggah ajarannya.
*(2)* Jangan sembah dan puja makhluk-makhluk Allah sebagai rabb. Jangan jadikan mereka sebagai wakil Tuhan. Mereka pun manusia macam kita juga. Itulah maksud ‘sebahagian dari kita’ – merujuk kepada makhluk-makhluk Allah.
Begitulah penganut agama mereka susah nak dibaiki sebab mereka pegang kata ulama mereka dan tidak belajar sendiri kitab suci mereka sendiri.
*(3)* Kalaulah mereka boleh menerima ajakan ini, maka tidaklah ada permusuhan antara agama lagi.
Lafaz ‘Ahli Kitab’ juga boleh dikatakan mereka yang ada pengetahuan agama. Bukan sahaja Yahudi dan Kristian.
Kita tidak sama dengan mereka. Maknanya, kita tetapkan pendirian kita, kalau mereka tidak mahu ikut, itu terpulang kepada mereka.
*(4)* Ini adalah peringatan kepada kita, jangan terima langsung agama mereka. Kalau mereka tidak terima, janganlah kita pula yang cuba nak bersama dengan mereka. Kerana sekarang sudah ada gerakan yang hendak menyatukan agama Islam, Kristian dan Yahudi. Bukan begitu cara yang Allah mahu. Kita ajak mereka, tapi kalau mereka tidak mahu, tidaklah kita kena cari persamaan dengan agama mereka dan duduk bersama dengan mereka. Selama-lamanya agama mereka tidak akan dapat diterima oleh kita. Semua mengadap tuhan yg satu. Bila masuk dlm saf solat tiada lagi timbul hal status. Yang paling mulia dikalangan kita adalah orang² yg paling bertaqwa kepada Allah.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَاتَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment