Pages

Thursday, 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171214

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Tuan Guru Mutalib Maarof*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq -MABAS*
*Sairus Salikin jilid 2*
*☪Adap yang pertama*
Ketika makan, dimulai dengan membaca *بِسْمِ اللهِ*
dan di setiap menyuap makanan dan diakhiri dengan membaca         *الحمد لله*.
▪Dianjurkan membaca *بِسْمِ اللهِ*
setiap menyuap makanan sehingga tidak diganggu dari hal-hal buruk dan lengah dari mengingat Allah Swt.
▪Pada suap yang pertama, membaca.     
*بِسْمِ اللهِ*
▪Suapan yang kedua membaca
*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ*
▪Suap yang ketiga membaca
*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ*
▪Hendaknya membaca dengan agak keras supaya orang lain di sekitarnya mendengarkan dan dpt mengingatkan mereka juga( sekiranya mereka terlupa).
*☪Adap yang kedua*
Hendaknya makan dengan tangan kanan
*☪Adap yang ketiga*
Sunat memulai dgn garam dan disudahi dengan garam juga.
▪Kata saidina Ali b Abi Thalib "Barangsiapa yg memulai makan dgn garam nescaya menghilangkan Allah taala tujuhpuluh bahagi drpd bala & penyakit"
❌Berbeza dgn orang melayu dalan makanan sudah banyak garam
*☪Adap yang keempat*
Menyuap makanan sedikit demi sedikit,  jangan menggunakan gengam  untuk menyuap.
▪kecilkan suapan supaya tidak nampak gelojoh.
▪kunyah hingga lumat baru telan.
❌Kita jarang kunyah bagi lumat sebab tu sistem pencernaan kita bermasalah.
*☪Adap yang kelima*
Dianjurkan tidak menjulurkan tangan (kesana kemari) di hadapan orang lain yang agak jauh untuk menjangkaunya.
▪pastikan makanan didalam mulut habis dikunyah baru capai makanan lain
*☪Adap yang keenam*
Tidak mencela makanan, sebagaimana yang dicontohkan _Rasulullah Saw, bahawa baginda sama sekali tidak pernah mencela makanan,_ kalau Nabi suka maka dimakan, sebaliknya jika tidak, maka baginda meninggalkannya.
*☪Adap yang ketujuh*
Dianjurkan (sunat) makan makanan yang ada didepannya. Rasulullah Saw bersabda, "Makanlah apa yang ada didepanmu."
▪Selain itu, hendaknya tidak memotong/mengambil makanan dari bagian tengah, namun dimulai dari pinggir.
▪Tidak memotong roti maupun daging dengan pisau, krn Nabi melarangnya. Menggunakan pisau ketika sedang makan adalah mahkruh. Baginda bersabda, "Gigitlah sekuat-kuatnya."
*☪Adap yang kelapan*
Tidak meletakkan makanan maupun lainnya di bawah roti, kecuali piring . Nabi bersabda, "Hormatilah roti (makanan), kerana Allah Swt menurunkannya sebagai berkah dari langit."
▪Hendaknya pula menjilat (makanan pada) jari-jarinya.
▪sebelum basuh jilat dulu tetapi dgn cara yg sopan.
▪jangan jilat jari dipertengahan makan nampak 'meloyakan'
*☪Adap kesembilan*
Sunat memunggut  akan makanan yg jatuh dan bersihkan.
▪Apabila makanan  terjatuh, maka hendaknya dipungut dan kotoran yang melekat pada makanan tersebut di bersihkan, serta tidak meninggalkanya untuk syaitan.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment