Pages

Sunday, 11 March 2018

CATITAN KAK IJA 180301

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Abdullah Khairi*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Ceramah Perdana*

_☪Besar pahalanya bagi mereka yang belajar ilmu agama. Belajar agama kena berguru. Tidak boleh belajar di buku sahaja takut nanti akan terpesong._
*Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,*
*مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ*
*“Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang agama.” (HR. Bukhari no. 71 dan Muslim no. 1037).*

_☪Kata baginda rasulullah sesiapa nak menjadi baik dia kena faham agama_

*Rasulullah SAW bersabda,*

*وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ*

*“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim, no. 2699)*

_☪Surah Ar-Rum  Ayat 21:_

*وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ*

*Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. {30:21}*

_1⃣Allah ciptakan pasangan hidup dari golongannya / jenisnya sendiri. Sisuami harus menjadi imam dalam rumah tangga itu._
_Agar tercipta manfaat atau kemaslahatan yang besar yg pada diri manusia_

_2⃣Agar merasa tenteram  dalam bahtera rumah tangga. *Sakinah adalah perasaan nyaman,* damai, hening, cenderung, tenteram atau tenang kepada yang dicintainya._

_3⃣ Secara bahasa *mawaddah adalah cinta kasih sayang,* persahabatan, keinginan untuk bersama._

_4⃣Agar tercipta *Rahmah yakni belas kasih* dan kelembutan, timbul terutama krn ada ikatan._

_5⃣Isteri adalah pakaian untuk suami dan begitu juga sebaliknya. Si suami bukan boleh suka² nak membukakan aib isterinya. Begitu juga sebaliknya. Saling lengkap melengkapi diantara satu sama lain_

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment