*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Azfar Abdullah*
*🕌Surau Al Fateh Taman*
*Sejati*
*📚Kitab Bulughul Maram*
*☪Jemaah menunjuk seseorang untuk mengimami mereka bila imam yang tetap
terlambat datang dan mereka tidak kuawatir akan timbul masalah tersebut*
▪Hadis riwayat Sahal bin Saad As-Saidi ra.:
➡Bahαwa ketika Rasulullah saw. pergi ke Bani Amru bin Auf untuk mendamaikan
pertikaian di antara mereka, maka ketika tiba waktu solat bilal b rabah menyampaikan pesan rasulullah saw kpd abu bakar menjadi imam sekiranya baginda terlewat utk solat asar.
➡Kemudian Abu Bakar solat. Ketika orang² sedang solat, Rasulullah saw. datang. Baginda maju perlahan
hingga sampai barisan awal. Melihat itu orang-orang bertepuk tangan, tetapi Abu
Bakar tidak menoleh. Ketika tepuk tangan semakin riuh ia menoleh dan melihat
Rasulullah saw. Baginda mengisyaratkan Abu Bakar agar tetap di tempatnya.
➡Abu
Bakar mengangkat kedua tangannya seraya memuji Allah 'azza wa jalla (krn nabi membenarkan dia menjadi imam) sesuai
dengan yang diperintahkan Rasulullah saw, lalu mundur sehingga sejajar dengan
barisan awal.
➡Setelah itu Nabi saw. maju dan solat. Selesai solat, baginda bersabda:
*Hai Abu Bakar, apa yang menghalangimu untuk tetap di tempatmu ketika aku
suruh?*
Abu Bakar menjawab:
_Tidak layak bagi anak Abu Quhafah solat di
hadapan_ *Rasulullah saw. bersabda lagi:*
*Mengapa kalian bertepuk tangan?*
*Barang siapa yang ingin mengingatkan sesuatu di dalam solat, hendaknya ia bertasbih, krn bila ia bertasbih, ia akan ditoleh. Tepuk tangan hanya untuk* *wanita.*
_(Shahih Muslim No.639)_
*➡Bertasbih bagi lelaki dan tepuk tangan bagi wanita jika ingin mengingatkan
sesuatu di dalam solat*
*☪Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:*
*Rasulullah saw. pernah bersabda: Bertasbih untuk lelaki dan tepuk tangan untuk
wanita.*
_(Shahih Muslim No.641)_
*Pengajaran yang boleh di ambil*
➡Nak jadi imam adalah orang yg paling layak dan telah dilantik.
➡Imam yang dilantik boleh meminta orang lain mengantikannya. Tetapi orang luar tidak boleh memandai² nak jadi imam kecuali diminta oleh imam yang dilantik tadi.
➡Iqamah dilaungkan setelah imam memberi izin kepada muazzin tetapi hak melaungkan azan adalah hak muazzin.
➡muazzin akan mempelawa imam utk mengimami solat tersebut.
➡Jika tiada imam, kena cari imam dulu baru iqamat.
➡Sekiranya ada permasalahan, di boleh bertasbih bertahmid utk menyedarkan imam.
➡Imam boleh kalih muka utk melihat sekiranya ada keperluan tetapi tidak boleh kalih badan.
➡Hanya imam utama boleh minta laluan nak duduk dibelakang imam semasa sedang solat tetapi orang lain tidak boleh.
➡Pergerakan yang sedikit (tidak melebihi 3x dalam sesuatu masa) tidak membatalkan solat. Imam terlupa dan tersilap makmum boleh tegur dr belakang dgn bertasbih.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment