Pages

Thursday, 22 March 2018

CATITAN KAK IJA 180322

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Dato Syeikh Baderuddin bin Haji Ahmad*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Tajzib Atrofil Hadis*

*HIDUPLAH SESUKAMU TAPI INGAT ENGKAU AKAN MATI*

_Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,_

*ﺃَﺗَﺎﻧِﻲ ﺟِﺒْﺮِﻳﻞُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ، ﻓَﻘَﺎﻝَ : ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻋِﺶْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﻴِّﺖٌ، ﻭَﺃَﺣْﺒِﺐْ ﻣَﻦْ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﻔَﺎﺭِﻗُﻪُ، ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﺠْﺰِﻱٌّ ﺑِﻪِ، ﺛُﻢَّ ﻗَﺎﻝَ : ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﺷَﺮَﻑُ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﻗِﻴَﺎﻣُﻪُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻴْﻞِ، ﻭَﻋِﺰُّﻩُ ﺍﺳْﺘِﻐْﻨَﺎﺅُﻩُ ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ*

_Jibril mendatangiku lalu berkata:_
*▪"Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, (tapi ingat) sesungguhnya kamu akan mati.*
*▪Cintailah siapa yang kamu suka, (tapi ingat) sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya.*
*▪Berbuatlah sesukamu, (tapi ingat) sesungguhnya engkau akan diberi balasan."*

_Kemudian Jibril berkata lagi:_

*▪"Wahai Muhammad, kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam).*

*▪Dan keperkasaannya adalah ketidak memerlukannya terhadap manusia."*

(HR. ath-Thabarani)

*📗Huraian hadis*

*(1)* _Hiduplah sesuka hatimu, tetapi ingatlah, bahawa sesunguhnya engkau akan mati._
*(2)* _Cintailah apa saja yang engkau kehendaki, ttapi ingatlah bahawa sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengan apa yang engkau cintai itu._
*(3)* _Berbuatlah apa saja yang engkau kehendaki, tetapi ingatlah, bahawa sesungguhnya engkau pasti akan mendapatkan balasan dari amal perbuatanmu itu._
*(4)* _Kemuliaan seorang mukmin yg menjadikan solat malam itu sebagai amalannya_
*(5)* _Kebesaran seseorang itu terselah bila dia menjadikan Allah sebagai tempat dia mengadu bukan manusia sebagai 'sandaran'nya_
▪renungkan secara lebih mendalam pesan malaikat Jibril tersebut dengan hati yang bersih dan fikiran yang jernih, sehingga dapat membuahkan mantapkan iman, giatkan beramal solih dan tumbuh suburnya akhlak.
▪Pesan yang diucapkan malaikat jibril kepada Nabi Muhamad Saw, termasuk pesan untuk kita semua.
▪Semoga kita senantiasa mendapatkan hidayah dari Allah swt.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment