*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Zawawi Ibrahim*
*🕌Masjid Tuanku Habsah*
*📚Kitab Tanbihul Ghafilin*
▶Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
*إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ*
“Jika salah seorang di antara kalian selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan pada Allah dari empat hal:
1. Fitnah Siksa neraka jahannam,
2. Fitnah Siksa kubur,
3. *Fitnah ketika hidup dan mati,*
4. Fitnah Al Masih Ad Dajjal.” (HR. Muslim no. 588).
▶ Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam berlindung dari fitnah kehidupan dan sesudah kematian.
*وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ*
“Aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dan sesudah mati”
▪Allah dah tarik nikmat beribadah sehingga kita jadi pemuja dunia. Nak buat pahala rasa tak seronok. Bila orang nak buat pahala kita berdengki pula.
▪Berapa ramai dikalangan kita tiada masa untuk Allah dan Rasul. Nak mendekati rumah Allah kita rasa macam sia². Kita jadi malas nak mendalami ilmu² agama. Ramai yang telah terjebah tetapi kita tidk menyedari kesilapan ini.
▪Fitnah hidup berupa tentang harta dan mencari dunia dan lupa akhirat. Seorang hamba diuji oleh Allah dengan syubhat(kesesatan pemahaman) dan syahwatnya. Ujian berupa fitnah syubhat merupakan seberat beratnya ujian bagi seorang hamba kerana hal itu boleh merusak agamanya.
kαta Hasan Al Basri *"Fitnah ketika hidup bila manusia lebihkan dunia berbanding akhirat*"
▪Surah At-Taghabun Ayat 14:
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ*
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {64:14}
▪ Bila manusia susah, lebih kepada ingat Allah tetapi bila senang lenang jadi terlalu sibuk uruskan harta dan anak pinak hingga nak datang ke rumah Allah pun susah.
▪Berbeza sangat sifat kita dengan para sahabat. Harta menjadi fitnah kepada kita. Allah turunkan kita di dunia dan kita menjadi kedekut dengan harta yg ada.
*▪Manusia ni bila harta semakin banyak, semakin bakhil utk diinfakkan.*
*Harta didunia tidak dapat membeli syurga diakhirat*
▪Bila ada harta lakukanlah umrah dan haji. Tapi melakukan ibadah ini bukan bermula ketika kita tiba di mekah, Kita melakukan ibadah ini sebelum kita menjejak bumi mekah lagi .Ia bermula dimana kita ada sekarang. Bagaimana dengan solat jemaah kita? Bagaimana dengan puasa sunat kita dan bagaimana dengan sedekah jariah?
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment