Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180120

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Haji Mohd Salmi B Suhaimi Al Madani*
*Ahli Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang*
*Kemusykilan Agama*
```☪SOALAN :```
*Apakah hukum berjabat salam dengan wanita tua bukan mahram yang sebaya nenek kita?*
```☪JAWAPAN :```
*Berjabat salam dengan wanita, sama ada masih didalam lingkungan wanita yang diingini atau yang sudah lanjut usia yang tidak diingini lagi adalah tidak dibolehkan.*
*Ini berdasarkan sebuah hadith dimana datang seorang wanita datang kepada nabi s.a.w hendak berjabat salam dengannya ketika berbai'ah, Nabi menjawab :*
*اني لا اصافح النساء*
*Maksudnya : "Sesungguhnya saya tidak akan berjabat salam dengan wanita"*
_(Riwayat An Nasaei 4181, Imam Ahmad didalam Musnad 27006)_
*☪Hadith ini menunjukkan nabi tidak berjabat salam secara umumnya dengan tidak membeza bezakan wanita yang muda dan yang tua.*
_☪Dan diperkukuhkan lagi dengan hadith riwayat Bukhari (No 7214 ) dan Muslim ( No 1866 ) dari Ummu Al Mukminin Aishah_
*والله ما مست يد رسول الله يد أمرأة قط....*
*Maksudnya : "Demi Allah tidak pernah menyentuh tangan Rasulullah akan mana-mana tangan perempuan sama sekali"*
*```☪NASIHAT DAN SARANAN :*```
_Bila tiba hari raya ja..... budaya bersalam menjadi *wajib bagi orang melayu,* malah ada yang bermasam muka kerana tangan tidak dihulur utk bersalam krn di anggap 'kurang ajar', Jangan dicemari dengan budaya yang bercanggah dengan landasan islam. Islam ada budayanya tersendiri yaitu untuk menjaga keperibadian insan yang dimuliakan Allah.Jagalah agama Allah, pasti kita akan dijagaNYA. In Shaa Allah._
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment