Pages

Thursday, 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171218

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Nurul Aswar Nasrun*
* Surau Al Fateh Taman Sejati Indah*
*Surah Ali 'Imran  Ayat 142*
Sentiasa bersyukur dgn nikmat islam dan iman yg ada dalam diri. Dan Allah bagi sihat utk menjadi khalifah dibumi Allah dgn sujud dan taat pada perintahNya.
*أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ*
*Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? {3:142}*
4 definisi dapat dirungkaikan dr ayat tersebut:
*(1)*Berperang menegakkan islam dan melindungi orang2 islam.
▪Bila yahudi buat khianat pd saudara kita di palestin, kita buat sibuk nak boikot barangan yahudi dalam seminggu dua je selepas tu kitalah yg jadi pengguna setia keluaran yahudi. Sedangkan yahudi tak hairan pun dgn boikot kita.
▪ *Yang mereka takut sekiranya kita orang² islam bersatu dan menunaikan solat ѕuвuh вєrjemaah* secara istiqamah.
Sekarang kita islam hanya pada nama tapi tidak mencerminkan identiti islam pun.
*(2)* Memerangi hawa nafsu.
Hawa nafsu duduk dlm diri kita. Manusia bila ikut hawa nafsu dia akan lesu.
▪Hubungan kita dengan Allah hancur gara² taksub kpd dunia, nafsu dan ikut hasutan syaitan.
*(3)* Meletakkan harta kepada islam dan umat islam. Istiqamah bersedekah dan infakkan harta ke jalan Allah. *Harta yg diinfak itu hak kita bila kita meninggal dunia tetapi harta yg ditinggalkan menjadi hak waris* yg jelas belum pasti mereka akan berinfak utk kita dialam barzakh.
*(4)* Banteraskan yang batil dan menegakkan yg haq.
▪Tegakkan islam dgn ibadah dan laksanakan ajarannya.
Banteraskan yg tak betul dan yg membawa kpd maksiat.
▪Hari ni manusia jadi takut nak menegur gejala sosial yg berlaku ditempat kediaman krn *yg melakukan maksiat dan gejala jahat itu ialah kroni* tetapi cuba lihat kalau yang melakukan kesilapan itu bukan kroni terus saja ambil tindakan krn ikut nafsu dan kepentingan diri. *Manusia bila ikut rasa akan binasakan diri sendiri dan ikut hati akan mati.*
Dalam melalui kehidupan ini kena ada nilai sabar. Bertaqwa kepada Allah dan bersabar dgn ujian. Ada ganjaran disebalik setiap ujian.
Ambil peluang dgn umur yg ada carilah amalan yg terbaik utk kita bawa jumpa Allah.
*Syurga diberikan dengan usaha keras*  dan tidak cukup hanya dengan menyatakan keislaman dan keimanan.
Medan jihad dan sabar tidak hanya berada di medan pertempuran. Kerana seorang mukmin senantiasa *berperang dengan musuh yakni hawa nafsu dan sabar dalam melaksanakan perintah ilahi.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment