Pages

Thursday, 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171207

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Mutalib Maarof*
*Kitab Sairus Salikin jld 2*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq*
Baginda tidak berdiri dan bersandar ketika makan dan minum. Ketika makan dan minum harus ikut yg disunnahkan demi menjaga utk badan yg sihat.
▪islam menekankan adap ketika nak makan.
▪duduk baik² ketika nak makan.
▪duduk tetap disatu² tempat hingga selesai makan.
Jika Rasulullah Saw bhadapan dgn makanan, baginda meletakkannya di atas lantai, krn hal tersebut menunjukkan sifat tawadhuk. Bukan tak boleh makan atas meja.
Baginda bersabda, *"Aku tidak makan dengan bersandar, sesungguhnya aku seorang hamba yang makan seperti makannya seorang hamba ketika makan, dan minum sebagaimana minumnya seorang hamba."*
Bila makanan yang sudah siap dsaji, dianjurkan untuk memperbaiki posisi duduk dan  duduknya hingga akhir. Demikian yang dicontohkan Rasulullah Saw. Sesekali baginda duduk di atas kedua lututnya, atau duduk di atas kedua punggung telapak kakinya. Di lain waktu baginda menegakkan kaki kanannya dan duduk di atas kaki kirinya. Dan menegakkan kaki kiri dan duduk diatas kaki kanannya.
Sebelum nak makan *niat kerana Allah* sebab nak beribadah kpd Allah.
▪Jangan asyik nak sedap makan makanan yg lazat² saja tapi tidak berkhasiat langsung.

*وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ*
*Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. {5:88}*
▪Nabi nak umatnya makan dr makanan yg halal supaya sihat utk beribadah. _(niat nak bertenaga  sb nak beribadah spt solat tahjud dan ibadah² lain)_
▪Berbeza kita org melayu nak makan yg sedap saja walaupun tidak berkhasiat.
▪Kita hanya makan utk memuaskan nafsu. Makanan ada diceruk rantau mana pun, org kita akan cari.
Nabi saw tak suka banyak makan.
▪ *Nabi kata makan bila lapar* tapi kita makan bila cukup 'time'.
▪ *Disunatkan berhenti makan sblm kenyang.*
Sabda nabi saw *"Manusia tidak akan mengisi wadahnya (perutnya) dengan sesuatu yang buruk. Cukuplah bagi anak cucu Nabi Adam beberapa suap makan untuk menegakkan sulbinya (tulang punggung). Jika ia tidak melakukannya, maka sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minum dan sepertiga untuk nafas."*
 *"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment