Pages

Thursday, 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171211

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Aswad Nasrun*
*Masjid Taman Keladi*
▶Berdoa selalu semoga hidup kita dipenuhi dgn berbuat kebaikan.
Al Quran diturunkan utk umat manusia supaya kita tidak akan sesat lagi bila mengamalkannya.
▶Manusia terpecah dua bila turunnya Al Quran. Tujuan Al Quran diturunkan:
*(1)*  _Menjadi petunjuk dan panduan kepada manusia._
*(2)*  _Al Quran menjelaskan kepada manusia mana yang betul dan mana yg tidak betul._
▶Manusia pula akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ada yang ke syurga dan ada yang ke neraka.
▪Yang tak ikut Al Quran akan masuk ke dalam neraka dan yang membaca dan mengamalkan apa yang diperintahkan didalam Al Quran akan masuk ke dalam syurga.
▶Setiap dari kita bila meninggal dunia, jenazah kita akan di hadapkan ke arah kiblat. Tapi sayangnya hidupnya manusia tadi di atas muka bumi tidak pernah mengadap kiblat.
▶Begitulah qolbu memainkan peranannya. Qolbu yang dibolak balikkan. Amat baik sekiranya hati itu berubah dari tidak baik kepada yang baik. Tapi amat sedih sekiranya hati itu tetap kufur kepada Allah.
Setiap kesilapan yang kita buat kenalah bertaubat.
▶Tertulis padanya. Seperti disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir, Nabi Muhammad SAW bermaksud untuk menghukum bani Quraizzah (sebuah suku Yahudi) atas pengkhianatannya kepada Nabi SAW. *Abu Lubabah RA* ditunjuk sebagai org tengah
Dia secara tidak sengaja membuat keputusan mendahului  Nabi Muhammad SAW kepada suku Yahudi itu. Abu Lubabah segera menyedari kesalahannya dan mengikat dirinya sendiri pada tiang ini, hingga Allah SWT menerima taubatnya. Setelah tujuh hari, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu mengenai diterimanya taubat Abu Lubabah dan melepaskan ikatannya dengan tangan baginda sendiri.
*Ayat Al Quran diwahyukan untuk memberikan kepada kita sebuah pelajaran.* Yakni mengkhianati kepercayaan adalah sebuah kesalahan yang sangat fatal bagi _para Sahabat Nabi SAW, sehingga mereka melakukan tindakan yang luar biasa untuk memperbaiki kesalahannya._
*Bagaimana dengan kita umat yang banyak melakukan dosa bila lagi nak bertaubat?*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment