Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180101

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Yusuf Awang*
* Masjid Abu Bakar As Siddiq - MABAS*
*Daurah Kitab*
Kita telah masuk fasa akhir zaman. Zaman yang penuh fitnah dan tentangan masyarakat pada islam. Zaman dimana orang tak takut menghina agama islam.
Sebagai orang mukmin amalkan doa yang nabi saw ajar kita sebelum memberi salam.
_Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:_
*إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ*
*“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” [Hadis Riwayat Muslim no. 588].*
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
Doa di atas dibaca semasa duduk tahiyat akhir selepas kita lafaz syahadah (angkat jari) dan dihabiskan semua lafaz selawat dalam Tahiyyat Akhir dahulu serta diikuti doa-doa yang disarankan, sebelum diakhiri dengan salam.
Perlu diingat cara dan apa saja doa yang dibacakan itu masih lagi di dalam perlakuan solat. Habiskan bacaan Tahiyyat Akhir dan berdoalah sebelum memberi salam.
_ ▪Sekiranya ada orang sedang berkata buruk kepada kita...._
_▪ Sebenarnya kita berada di hadapan..._
_▪ Kita lebih mulia kerana nama kita sering disebut²..._
_▪ Dan sebaik² jawapan untuk orang yang bodoh itu adalah diam狼_
_▪Tidak menjawab orang yang bodoh itu adalah sebuah jawaban_
_*✅setiap 'kata' yang 'd ucapkan', mereka sedang mengumpul pahala untuk kita diakhirat來*_
Kesimpulannya...
Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah dan manusia.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment