Pages

Monday, 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180212

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Hazli Ismail*
*🕌Masjid tuanku habsah-Padang Tembusu*
*📚Tazkirah Li zawi al Afkar*
_(catatan ringkas)_

*▶Bicaraan umur yang pertama:*
▪dari mula semenjak Allah jadikan nabi adam a.s dengan meletakkan benih² anak² cucu pada tulang sulbi yg diberkati. Itulah manusia.
▪Sesetangah manusia ada yg bahagia dan ada setengah yang celaka.
▪ *wadi al nu'man*  yg ada berdekatan dgn padang  arafah. Dimana Allah telah mengeluarkan semua benih² dr belakang adam dan mengikat janji dengan Allah yakni hanya taat pada Allah seperti firman Allah:
Surah Al-A'raaf  Ayat 172:

*وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ*

*Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. {7:172}*

▪Semasa Allah mengeluarkan benih² anak² cucu adam, mereka boleh mendengar dan boleh bercakap tetapi rupanya sekecil² spt semut² yg amat kecil.
▪Benih itu lah yang dinamakan dengan *alam Zar*(semut halus @ hama yg melayang)
▪Benih² ini berjanji dihadapan Allah akan mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.
▪(Tanbih) Adalah budak-budak yang mati sebelum baligh itu masuk syurga kesemuanya, *sama ada anak bagi orang Islam atau bagi orang kafir.* Kerana padannya dengan Islam benih budak-budak itu pada masa alam “zurr” itu. *Tetapi pada hukum dunia jika budak itu kafir, maka haram dibicarakan yang matinya dengan bicaraan budak-budak Islam.* Kemudian apabila baligh budak-budak kafir itu maka wajiblah mengucap dua kalimah syahadat barulah jadi orang Islam, kerana kotor dan cemar  jalan lalunya. Berbeza dgn budak² Islam kita.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment