Pages

Monday, 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180208

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Tuan Guru Mutallib Maarof*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Sairus Salikin Jld 2*

*FASAL YANG KEEMPAT*
*Pada Menyatakan Segala Adab Makan Dengan Sebab Berhimpun Dan Bersekutu Di Dalam Makan*

*☪Adab yang 1⃣:*
▪Sekiranya ada orang yg *lebih tua didalam sesuatu majlis, beri dia mengambil makanan dahulu.*
▪Sekiranya kita ketua di situ, kita buka jalan bagi orang lain ambil  makan dahulu.
▪Sekiranya yang muda itu *lebih alim, boleh la kita nak beri dia ambil dulu sebab  ilmu yg dia ada.*

*☪Adab yang ke2⃣:*
▪Sunnat ketika makan, bersembang santai.
▪Sembang hal² kebajikan.
▪Jangan bercakap benda² yg mengarut.
▪Jangan membuka jalan mengaibkan orang lain.
▪Jangan berdusta dan bercakap benda² mengarut.

*☪Adab yang ke 3⃣:*
▪Disunnatkan memberi tetamu makan lebih dari kita makan.
▪Jangan sampai kita pulun makan yang banyak.
▪Jangan mengawal semua makanan kepada pinggan kita. Bila makan ingat orang lain sama. *Menjadi haram sekiranya kita hanya fikir diri kita dan orang lain tak dapat makan.*
▪Jangan menyuruh orang makan lebih dari 3 kali.(sekiranya ada yg tidak mahu makan)

*☪Adab yang ke 4⃣:*
▪Tuan rumah yang mempelawa sahabat² makan kena duduk sekali dengan tetamu.(bukan kenduri yang ramai orang)
▪Nak akrab kena makan sekali.
▪Tetamu bila orang angkat makan, makan sungguh² jangan malu² dan jangan tak makan makanan yg terhidang. Takut nanti tuan rumah rasa tak selesa.
▪Tunjuk kata kita suka dengan hidangan yg dijamu itu.

*☪Adab yang ke 5⃣:*
▪Kalau boleh guna bekas basuh tangan yang semua orang celup didalamnya. Tangan kita bukan kotor pun.
▪Bukan seperti sekarang rata² mengguna cerek air yg air dituang ke dalam bekas lain. *Air yang berkongsi itu ada keberkatannya.*
▪Sabda nabi muhammad saw ertinya *"Himpunkan olehmu akan air sembahyang kamu nescaya menghimpunkan Allah taala akan perceraian kamu"*
(seperti penggunaan kolah semasa ambil wuduk, banyak sangat keberkatanya)
▪Yang terbaik tuan rumah membasuh tangan orang² alim. Ambil keberkatan pada orang² alim.

*☪Adab yang ke 6⃣:*
▪Bila menjamu tetamu, tuan rumah jangan tenung muka tetamu sehingga tetamu tak selesa nak makan.
▪Tuan rumah jangan berhentu makan terlalu awal, makan dengan cara lambat utk menemani tetamu yg makan.
Sabda Nabi Muhammad saw *"sentiasa malaikat mengucap selawat atas seorang kamu selama ada hidangannya tertaruh dihadapannya hingga diangkat akan dia".*

*☪Adab yang ke 7⃣:*
▪Waktu makan jangan ada yang membuang kahak atau hingus ditempat orang sedang makan itu.
▪Waktu tengah makan jangan bawa cerita yang meloyakan sehingga orang tak lalu nak makan.
▪Bila ada tulang dalam mulut atau nak bersin, kalihlah muka supaya nampak beradab sikit.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment