Pages

Sunday, 11 March 2018

CATITAN KAK IJA 180220

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz ѕíddíq Noor*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Kitab Hikam*

▶Bermula tiap² orang yang percaya ia dalil maka tiada dapat dipegang pada imamnya kerana bahawasanya ia kena berfikir.

▶TASAWUF ialah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmunah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya.

▶Taat pada Allah mengukuhkan iman dan maksiat hanya akan melemahkan iman. Bila iman kuat kita dpt menambahkan lagi ibadah kita.
Iman itu kepada dua bahagian iaitu;
1⃣Iman Nazhari (berdasarkan dalil akal dan penglihatan zahir)
2⃣Iman Dharuri - spontan (yang dicampakkan dalam hati secara langsung dari Allah)
▪Adapun perbezaan antara dua jenis Iman adalah tersangat jauh bezanya kerana Iman
yang Nazhari itu adalah semata-mata dengan pengajian Ilmu Akal di mana untuk membuktikan Wujudnya Allah ini, Alam ini digunakan sebagai dalilnya. Ada Alam ini menunjukkan adanya Allah yang menjadikannya.
▪Manakala Imam Dharuri pula adalah keyakinan kepada Wujudnya Allah tanpa sedikitpun ( fikir) bahkan semata-mata keimanan yang dianugerahkan
dalam hati secara langsung dari Allah tanpa sebarang usaha pengajian yang memerlukan
bukti dan dalil. Malah Allahlah yang menjadi dalil pada wujudnya Alam ini.
Dengan demikian segala bentuk Ilmu Pengetahuan yang bersumberkan akal dan logik.

▶Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Allah akan bersama² kita dimana pun kita berada. Allah yang menjadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Allah yg menyusun takbir supaya alam ini di landasan yang betul dengan mereka yg bertaqwa kepadaNya.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment