Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180128

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Ahmad Tidrmizi*
*🕌Kuliah dhuha*

*```Doa Yang Diaminkan Malaikat*```

🍃🍃🍃 *عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ صَفْوَانَ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَفْوَانَ وَكَانَتْ تَحْتَهُ الدَّرْدَاءُ قَالَ قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَتْ فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ* 🍃🍃🍃

*🌷🌷🌷Dari Abu al-Zubayr dari Safwān, iaitu anak ‘Abd Allāh b. Safwān, isterinya bernama al-Dardā’, katanya: “Saya datang ke Sham dan mendatangi Abū al-Dardā’ di rumahnya. Tapi saya tidak menemuinya. Saya bertemu dengan Umm al-Dardā’. Lalu dia bertanya: “Apakah kamu akan pergi menunaikan haji pada tahun ini”. Saya jawab:* *“Ya”*
*Ummu Darda' berkata; 'Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW  telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan 'Amin dan kamu juga akan mdapatkan seperti itu.🌷🌷🌷*
_(HR  Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih_

*Pengajaran yg diambil*

_1⃣Setiap Muslim sewajarnya berbuat baik kepada orang lain._
_2⃣Antara kebaikan yang boleh dilakukan ialah mendoakan sesuatu yang baik untuk orang lain._
_3⃣Doa seorang muslim untuk saudara sesama muslim dari jauh tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan._
_4⃣Orang yang mendoakan saudara secara tersembunyi, di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus  untuk mengucapkan 'Amin dan juga mendoakan yang sama untuknya._

*عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ*

*Dari Abu Ad Darda' dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim: 4912)*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment