Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180108

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Hafis Mustafa Lubis*
* Masjid Tuanku Puan Habsah- TEMUSU*.
*Sairus Salikin-ADAB² BERSAHABAT*
_sambungan bulan lepas_
*(1)* Berkata imam al Ghazali r.a, zuhud yg Allah maksudkan ialah mampu *memiliki harta dunia tapi tidak mahu mengunakannya.*  Tak gila pada harta dunia. Ada peluang memiliki harta tetapi meninggalkannya krn dia lebih cinta Allah dari segala²nya.
▪Berbeza kita yang terlebih gila pada harta dunia hingga mengabaikan ibadah yg dituntut.
▪Orang yg zuhud ni hebat, dia benci kepada orang yang Allah benci. *Dan kasih kepada orang yang Allah kasih.*
*(2)* Nabi Isa a.s berkata *kita kena benci kepada orang yang Allah benci.* Siapa kah orang yang Allah benci itu?
*Dia lah ahli maksiat* Kita kena jauhkan diri dari berkawan dengan pembuat maksiat kerana kita benci perbuatan mereka bukan kita benci diri mereka.
Nabi isa a.s suruh mencari:
_▪Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah._
_▪Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama._
_▪ Dan melihat gerak-geriknya teringat mati._
*來cua cek sekarang kamu ada tak kawan seperti di atas*
*(3)* Kata Saidina Abdullah bin Umar *Beliau bersumpah jika dia sedang berpuasa atau berqiamulail atau pun sedang bersedekah _dan mati pada hari itu tetapi tidak membenci kepada orang yang Allah benci dan tidak kasih kepada orang yang Allah kasih maka sia² lah amalannya semua itu_*
▪Kita kena sungguh² kasih kepada org yang Allah kasih dan benci sungguh² pada pembuat maksiat yakni perbuatan yg paling Allah benci.
*(4)* Berkata Saidina Hasan b Ali jangan terpukau dengan:
▪ kata²  yg mengata mereka  kasih kepada seseorang selagi mereka tidak beramal dgn orang yg mereka kasih.
▪ *Contohnya kalau kita kata  kita kasih kepada rasulullah saw tetapi kalau tidak beramal dengan apa yg nabi saw bawa, tidak ada maknanya.*
▪Kerana org yahudi dan nasrani pun kata sayang dengan nabi mereka tetapi tidak ikut amalan para nabi.
▪Dalam zaman yg penuh fitnah ini jauhilah manusia *yang cakap tak serupa bikin, lebih sembang dr perbuatan, yakni yang banyak melibatkan diri dengan perkara² yg Allah larang. Carilah kawan yang _cakap serupa bikin_*
Kesimpulannya, carilah kawan yang boleh membawa kita kepada Allah. Kalau ada sahabat kita kaki tikam ekor, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan terikut² perangai nya. Kalau tidak ikut perangainya pun, tentu dia akan  belanja makan kita dengan menggunakan duit hasil judi itu. *Ingat makanan itu akan menjadi darah daging.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment