Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180112

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Tuan Syeikh Hazli Ismail*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*Al Yawaaqiit Wa Al*
     *Jawaahir*
_(pada membicarakan dosa² besar)_
catatan ringkas
*Perbuatan-perbuatan yang* *termasuk dosa² besar dan*
*antara sikapnya adalah:*
1⃣Menangisi mayat dengan sedu-sedan sambil berteriak-teriak.
*▪Rasulullah bersabda: “sesungguhnya mayat itu diazab krn tangisan keluarganya.” (H.R. Bukhori: 1286 dan Muslim: 927).*
▪Dalam hadis ini dijelaskan bahawa menangis yang disebut dalam hadis bukanlah semua tangisan melainkan tangisan khusus berupa meratapi mayat.
2⃣Mengurai rambut, mengoyak baju dan menampar wajah.
▪Rasulullah bsabda dalam kebaikan adalah kita tidak boleh berbuat maksiat, menampar wajah, mendo’akan kejelekan, merobek baju, dan mengurai rambut.” (H.R. Abu Daud: 3131).
3⃣Menyebut jasa-jasa kebaikan si mayat dengan penuh kesedihan dan penyesalan.
▪Seperti yg dilakukan org² kristian.
4⃣Ratapan yang berkata sudah hilang tempat bergantung, meraung kesedihan adalah dilarang.
5⃣Sikap dalam menghadapi kematian atau musibah ialah:
*Sabar dan menerima* *takdir dan ketentuan Allah*
▪Iaitu menahan marah, menjaga lisan dari mengeluh dan tidak melakukan hal-hal yang membuat Allah murka.
▪Dalam sabda baginda lainnya disebutkan ertinya : *Wanita yang meratapi kematian, jika ia tidak bertaubat sebelum kematiannya, maka pada Hari Kiamat nanti ia akan diberdiri dengan kusut masai sementara diatasnya besi panas dan baju drpd belerang dan minyak tanah”.* [Hadits Riwayat Muslim dalam Al-Jana’iz 934]
*Sebab² Allah bagi musibah.*
*(1)* Mungkin ada dosa² kita yang Allah nak ampunkan melalui musibah.
*(2)* Allah nak angkatkan darjat kita. Allah memuliakan dgn memberi musibah dgn ujian. Kita redha Allah akan tambahi dengan ganjaranNya.
Seharusnya, ketika tertimpa musibah, hendaknya bersabar dan *mengharapkan balasan pahala* serta mewaspada perkara-perkara mungkar itu serta bertaubat kepda Allah dari perbuatan² yang pernah dilakukan.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment